Anda di sini

Fadillah cadang tol percuma sehari atau diskaun pada hari mengundi

Advertisement
Fadillah (kanan) meninjau sendiri keadaan dewan serta kemudahan lain di Kampung Kolong 2, hari ini.
Fadillah (kanan) meninjau sendiri keadaan dewan serta kemudahan lain di Kampung Kolong 2, hari ini.

KUCHING: Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah akan mengemukakan cadangan kepada konsesi tol di negara ini untuk memberikan bayaran tol percuma sehari atau diskaun pada hari mengundi, 9 Mei ini. 

Menurut Fadillah, cadangan untuk memberikan bayaran tol percuma atau diskaun merupakan satu cadangan yang baik untuk menggalakkan pengundi menunaikan tanggungjawab pada hari tersebut.

Bagaimanapun katanya, ia terpulang kepada pihak konsesi tol di seluruh negara untuk mempertimbangkan cadangan yang akan dikemukakan ini nanti. 

"Kita boleh kemukakan cadangan kepada pihak konsesi tol untuk mereka mempertimbangkan satu hari percuma tol atau mengurangkan kadar tol untuk menggalakkan pengundi keluar mengundi. 

"Ini adalah satu cadangan yang baik. Jika mereka dapat memberikan diskaun pada musim perayaan mengapa tidak pada hari Malaysia mengundi nanti," katanya ketika ditemui pemberita pada program pemimpin bersama rakyat di Kampung Kolong 2, Jalan Sungai Tengah, Matang di sini hari ini. 

Untuk Sarawak menurut Fadillah yang juga penyandang kerusi Parlimen Petra Jaya, cadangan yang sama boleh dikemukakan untuk perkhidmatan feri di negeri ini. 

Katanya, oleh kerana Sarawak tidak mempunyai tol tetapi cadangan boleh dibuat kepada kerajaan negeri untuk memberikan bayaran feri percuma sehari pada hari pengundian nanti.  
 

  • oleh
  • Advertisement