Anda di sini

Lebih 600 sekolah diguna sebagai pusat mengundi

Advertisement
MAIMUNAH (empat kiri) menyampaikan sijil kepada salah seorang penerima.
MAIMUNAH (empat kiri) menyampaikan sijil kepada salah seorang penerima.

KOTA KINABALU: Lebih 600 sekolah di seluruh Sabah akan digunakan sebagai pusat menggundi menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengarah Pendidikan Negeri (JPN) Sabah Datuk Maimunah Suhaibul berkata, segala persiapan ke arah PRU14 telah dilakukan.

"Arahan telah dikeluarkan bagi menyelenggara mana-mana sekolah yang tidak kondusif seperti tangga rosak, kita kena perbaiki sebelum PRU14.

"Sekolah di negeri ini akan mengikuti cuti yang diumumkan kerajaan iaitu pada 9 Mei," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Penutupan Minggu Inovasi JPN Sabah, di sini pada Khamis.

Dalam majlis itu, beliau berharap semua warga pendidikan di Sabah mampu meneroka idea baharu dan menghasilkan inovasi berasaskan pemikiran kreatif.

Katanya, pendekatan itu diperlukan bagi meningkatkan lagi kualiti penyampaian perkhidmatan pendidikan.

"Apa sahaja aktiviti yang dilakukan perlu selaras dengan gagasan Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) yang diterjemahkan dalam fokus dan gerak kerja profesional KPPM yang menetapkan sasaran mikro bagi menjayakan keberhasilan utama Kementerian Pendidikan Malaysia.

"Selain memberi penghargaan dan pengiktirafan, minggu inovasi ini juga dijadikan medan perkongsian amalan terbaik sebagai usaha menyemarakkan semangat kerja," katanya.

Beliau berharap semua warga pendidik di Sabah mampu bersama-sama menjayakan sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Penganugerahan Pensijilan Eksa di 48 buah sekolah rintis pada tahun ini.

  • oleh
  • Advertisement