Anda di sini

Bintang mega Jepun cuba tawan AS sekali lagi dengan penampilan di Coachella

Advertisement
 Gambar fail yang diambil pada 24 Oktober 2017 ini menunjukkan pemuzik, penulis lagu, komposer dan penerbit Jepun, Yoshiki, ketua dan pengasas kumpulan ‘heavy metal’ X Japan, semasa berada di Paris. Lebih 25 tahun selepas X Japan pertama kali cuba menawan pasaran AS, kumpulan itu mencuba sekali lagi, kali ini dengan penampilan pertama di festival muzik terkenal Coachella. — Gambar AFP
TIDAK PUTUS ASA: Gambar fail yang diambil pada 24 Oktober 2017 ini menunjukkan pemuzik, penulis lagu, komposer dan penerbit Jepun, Yoshiki, ketua dan pengasas kumpulan ‘heavy metal’ X Japan, semasa berada di Paris. Lebih 25 tahun selepas X Japan pertama kali cuba menawan pasaran AS, kumpulan itu mencuba sekali lagi, kali ini dengan penampilan pertama di festival muzik terkenal Coachella. — Gambar AFP

LEBIH 25 tahun selepas X Japan pertama kali cuba menawan pasaran di Amerika Syarikat (AS), kumpulan ‘metalhead’ itu mencuba sekali lagi – dan perkembangan baru-baru ini, dilihat sekali imbas, tidak kelihatan menggalakkan.

Yoshiki, pemain dram yang amat bertenaga dan penulis lagu utama kumpulan rock itu yang merupakan kumpulan superstar pada zaman 1980an di Jepun, pada tahun lepas menjalani pembedahan segera ke atas leher yang rosak teruk akibat amalan ‘headbanging’ selama bertahun-tahun.  

Namun Yoshiki amat degil, dan pada hujung minggu ini dia membawa X Japan ke Coachella, festival muzik paling terkenal di AS – pembuka kepada album studio pertama kumpulan itu sejak 1996.

Dalam undian yang mungkin nasib paling buruk bagi sebuah kumpulan yang membuat persembahan di gurun California itu, X Japan akan menaiki pentas lebih kecil pada malam Sabtu pada waktu yang sama dengan penghibur utama Beyonce.

Masa persembahan itu kemungkinan bermakna penonton yang luar biasa kecil bagi kumpulan rock itu yang masih mempunyai ramai peminat fanatik di tanah air dan pernah membuat persembahan di arena di New York dan London.

“Saya sangat teruja tetapi pada waktu yang sama saya tertanya-tanya tentang jenis reaksi yang kita akan perolehi,” kata Yoshiki Hayashi, yang hanya menggunakan nama pertamanya sahaja, kepada AFP menerusi telefon.

Yoshiki berkata album yang belum diberi tajuk itu, dan akan dikeluarkan pada 2018, juga merupakan album pertama kumpulannya yang hampir keseluruhannya dalam bahasa Inggeris dan secara khusus menyasari audiens antarabangsa.

Yoshiki, ketika memberi deskripsi tentang muzik baharu yang dirakamkan di studionya di bandar raya angkatnya di Los Angeles, berkata “bunyinya agak mencabar – saya akan katakan bahawa ia malah jauh lebih resah”.

- Pembukaan baharu untuk penghibur asing? -

Yoshiki, seorang pemain piano yang dilatih secara klasikal, mengadunkan struktur simfoni ke dalam dunia ‘glam metal’ yang ‘high-octane’ dengan rambut terpacak, dan pemain dram yang kurus itu memukul dram dengan begitu ganas sekali sehinggakan dia menggeliat di atas lantai dalam kesakitan pada hujung persembahan.

Pada 1992, kumpulan itu mengadakan sidang akhbar di New York untuk mengumumkan satu perjanjian rekod di AS setelah dengan tergesa-gesa mempelajari sedikit bahasa Inggeris, tetapi cubaan untuk menembusi pasaran muzik terbesar di dunia gagal.

Yoshiki, 52, berkata masa sudah berubah.

Sejumlah kecil artis daripada Psy dari Korea Selatan hingga kepada Luis Fosi dari Puerto Rico sudah tular dengan lagu-lagu bukan Inggeris, dan sentiasa menjadi penampilan yang unik dalam radio dan carta AS.

“Dua puluh tahun kemudian, sekarang kita ada internet, YouTube dan media sosial dan segalanya, jadi ia dunia yang hampir berlainan,” kata Yoshiki.

Di bahagian sebelah, dominasi rock mungkin sudah pudar. Coachella buat pertama kali tidak ada kumpulan rock yang membuat persembahan utama.

Bagaimanapun Yoshiki menyuarakan rasa optimis, dan berkata generasi muda lebih mudah menikmati muzik dalam pelbagai genre.

Yoshiki rasa selesa dalam bahasa Inggeris tetapi mengakui dia sahaja yang rasa begitu dalam kumpulan itu, dengan vokal penyanyi utama Toshi yang bersemangat.

“Saya mula fikir bahawa kita tidak perlu sebut dengan sempurna. Kami dari Jepun. Mungkin sedikit loghat adalah hebat,” katanya sambil ketawa.

- Bantuan daripada Manson -

Sejak dia berhijrah ke Los Angeles, Yoshiki – yang pernah membuat persembahan di hadapan Maharaja Akihito dan di dewan konsert utama – menjalin persahabatan yang tidak dijangkakan dengan putera ‘goth’ yang sentiasa menimbulkan kontroversi, Marilyn Manson.

Kedua-dua mereka menjadi rapat kerana sama-sama memuja David Bowie.

Yoshiki berkata dia mendapati Mason “memberi inspirasi” dari segi muzik dan dia menyertai X Japan dalam studio, tetapi ia tidak jelas sejauh mana Manson akan muncul dalam album mereka.

Album studio itu adalah yang pertama tanpa gitaris X Japan, hide, yang meninggal dunia pada 1998 disyaki membunuh diri.

Yoshiki berkata dia menyusun muzik baharu seakan-akan hide bermain gitar.

“Semangatnya ada dalam album itu,” kata Yoshiki.

Yoshiki sendiri terpaksa menghentikan jelajah setahun lalu apabila dia hilang deria rasa pada sebelah tangannya. Pembedahan kecemasan mengimplan ceper serviks tiruan.

Yoshiki berkata dia enggan mengurangkan stail dramnya yang “super berat”.

Namun dalam satu konsesi kepada kesihatannya, dia tidak lagi melakukan ‘headbang’.

“Saya akan berkata kepada mana-mana artis rock yang melakukan ‘headbanging’, tolong jangan keterlaluan melakukannya. Ia amat berbahaya,” kata Yoshiki. — AFP

Advertisement