Anda di sini

Jet pejuang rejim Israel sasar Gaza

Advertisement
 Kombinasi gambar (atas) menunjukkan askar rejim Israel melepaskan gas pemedih mata dari sebelah jajahan merentasi sempadan ketika penduduk Palestin memprotes di Semenanjung Gaza pada Jumaat lalu, dengan dua gambar seterusnya menunjukkan pemandangan di sepanjang sempadan Israel-Gaza kelmarin. — Gambar Reuters
MASIH BERBALAH: Kombinasi gambar (atas) menunjukkan askar rejim Israel melepaskan gas pemedih mata dari sebelah jajahan merentasi sempadan ketika penduduk Palestin memprotes di Semenanjung Gaza pada Jumaat lalu, dengan dua gambar seterusnya menunjukkan pemandangan di sepanjang sempadan Israel-Gaza kelmarin. — Gambar Reuters

BAITULMAQDIS: Bebe-rapa jet pejuang rejim Israel menyasari satu pusat tentera di utara Gaza semalam sebagai respons kepada rakyat Palestin yang menyusup ke dalam sempadan dan meletakkan bom pada hari sebelumnya, menurut pihak tentera.

Tiada laporan lanjut me-ngenai kerosakan atau ke-matian dari Gaza.

Serangan Israel muncul sehari selepas suspek menyeberangi pagar sempadan di utara Gaza, meninggalkan bahan letupan yang telah ditemui anggota tentera.

Pagar sempadan di antara kawasan penduduk Palestin dan jajahan Israel menjadi pentas tunjuk perasaan besar-besaran Gaza yang telah membawa kepada pertempuran maut.

Israel berdepan banyak persoalan mengenai penggunaan peluru hidup selepas bantahan dan perbalahan 10 hari di sepanjang sempadan Semenanjung Gaza di mana pasukan tenteranya telah membunuh 30 rakyat Pales-tin, menurut kementerian kesihatan Gaza.

Israel menyatakan ia melepaskan tembakan apabila perlu bagi menghentikan kemusnahan pagar sempadan, kemasukan dan cubaan untuk menyerang.

Ia menuduh Hamas, perge-rakan Islamis yang meng-uruskan Semenanjung Gaza, cuba menggunakan bantahan untuk menutupi peluang bagi ‘melakukan keganasan’.

“IDF (Pasukan Pertahanan Israel) melihat dengan keada-an yang sangat teruk dialami oleh organisasi keganasan Hamas untuk menjadikan kawasan pagar keselamatan sebagai zon perang ketika cuba menjejaskan keselamatan dan infrastruktur pertahanan,” menurut pihak tentera dalam kenyataannya semalam.

Kumpulan hak asasi mengkritik tegas tindakan tentera Israel, dan pihak Palestin menyatakan pembangkang ditembak sedangkan tidak memberikan sebarang ancaman terhadap pasukan tentera.

Kelmarin, ketua pendakwa raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa Fatou Bensouda menyatakan beliau telah membuka siasatan awal bagi menentukan sama ada terdapat bukti yang mencukupi bagi melancarkan siasatan penuh menge-nai sebarang jenayah yang dilakukan sama ada rejim Israel atau Hamas. — AFP

Advertisement