Anda di sini

45 ahli Exco Wanita MJKKK Sekuau lawat tapak tanaman cendawan tiram

Advertisement
 Ahli-ahli Exco Wanita MJKKK Sekuau mengadakan program lawatan sambil belajar tanaman cendawan tiram bersama Bibi (lapan kanan, belakang) di Sibu.
TIMBA ILMU: Ahli-ahli Exco Wanita MJKKK Sekuau mengadakan program lawatan sambil belajar tanaman cendawan tiram bersama Bibi (lapan kanan, belakang) di Sibu.

SERAMAI 45 ahli exco Wanita Majlis Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (MJKKK) Sekuau mengadakan program lawatan sambil belajar ke tapak tanaman cendawan tiram di Bukit Penyau di Sibu.

Pengerusi Wanita MJKKK Sekuau, Dami Dingun berkata program itu memberi peluang ahli-ahli exco melihat hasil tanaman cendawan tiram diusahakan oleh Bibi Dana dari Rumah Dana, Bukit Penyau, Jalan Salim di Sibu.

“Program lawatan itu memberi menfaat kepada ahli-ahli Exco Wanita MJKKK membantu mereka mewujudkan peluang perniagaan dan menjana pendapatan sampingan menerusi tanaman cendawan tiram,” katanya.

 Lawatan sambil belajar ke tapak tanaman cendawan tiram diusahakan Bibi Dana, Bukit Penyau, Sibu.
JANA PENDAPATAN: Lawatan sambil belajar ke tapak tanaman cendawan tiram diusahakan Bibi Dana, Bukit Penyau, Sibu.

Dami berkata, Exco Wanita MJKKK Sekuau juga menghasilkan produk kasam ikan sultan dijual pada harga RM13 untuk 500 gram.

“Kita menyahut seruan kerajaan melibatkan aktiviti ekonomi melalui pengeluaran produk kasam ikan sultan secara kecil-kecilan mampu menjana pendapatan sampingan kepada kaum wanita di Sekuau,” ujarnya.

Sementara itu, Dami berkata Exco Wanita MJKKK Sekuau turut menerima bantuan dana perniagaan kecil sumbangan kewangan penyandang kerusi Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong diumumkan pada Pesta Sekuau tahun lalu.

“Bantuan itu digunakan membantu perniagaan ahli-ahli Exco Wanita memajukan diri di samping meningkatkan pendapatan ekonomi keluarga masing-masing,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement