Anda di sini

SMK Sundar juara keseluruhan Perkhemahan Kadet Bomba Peringkat Zon 7 Limbang

Advertisement
 Para pemenang bergambar bersama hadiah kemenangan.
KENANGAN MANIS: Para pemenang bergambar bersama hadiah kemenangan.
 Anggota bomba bertungkus-lumus memastikan kelancaran program.
BERTUGAS: Anggota bomba bertungkus-lumus memastikan kelancaran program.

SEKOLAH Menengah Kebangsaann (SMK) Sundar membuktikan keunggulan apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan Perkhemahan Kadet Bomba Peringkat Zon 7 Limbang di SMK Merapok, baru-baru ini.

Manakala tempat kedua dimenangi oleh SMK Medamit dan SMK Merapok Pra Universiti terpaksa berpuas hati di tangga ketiga.

Ketua Bomba Zon Tujuh Limbang Edmund Dmahai Emboh berkata, program itu diadakan untuk menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan kebombaan sebagai salah satu cara hidup.

“Program ini juga mampu meningkatkan disiplin dan setia kawan bagi memupuk semangat yakin diri serta bertanggungjawab kepada harta benda masyarakat, mewujudkan sekolah bebas bahaya kebakaran, selain menjadikan bomba sebagai kerjaya dalam kalangan pelajar,” katanya.

Sebanyak sembilan buah sekolah menyertai pertandingan itu termasuk SMK Kubong, SMK Seri Patiambun, SMK Agama Limbang, SMK Lawas, SMK Trusan dan SMK Merapok Aliran Perdana.

Advertisement