Anda di sini

KBAT: SMK Dato Permaisuri menganjurkan Pertandingan Cabaran Reka Cipta dan Inovasi

Advertisement
 Pemenang Farah Natasha (kanan) dan Iqmal Danial menunjukkan model reka cipta dan inovasi mereka.
JOHAN: Pemenang Farah Natasha (kanan) dan Iqmal Danial menunjukkan model reka cipta dan inovasi mereka.

SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Permaisuri di Miri menganjurkan Pertandingan Cabaran Reka Cipta dan Inovasi bagi membudayakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan pelajar.

Pengetuanya, Haslinda Jedi berkata pertandingan itu mengubah lanskap pendidikan di sekolah itu ke arah kemenjadian pelajar lebih mantap serta menjadi aktif.

“Terima kasih kepada pelajar-pelajar berani menyahut cabaran dan meneruskan usaha murni membudayakan KBAT dan inovasi di sekolah.

“Tahniah kepada guru-guru menjadi pencetus idea penganjuran pertandingan seperti ini dan diharap memberi kebaikan kepada pelajar,” katanya dalam satu kenyataan di Miri.

Pada pertandingan itu, Farah Natasha Abdullah Talip dan Iqmal Danial Iskandar memenangi tempat pertama dengan projek bertajuk ‘Interaksi Antara Organisme’.

 Haslinda (dua kanan) berpuas hati dengan semua reka cipta dan inovasi pelajar-pelajar SMK Dato Permaisuri.
MEMUASKAN: Haslinda (dua kanan) berpuas hati dengan semua reka cipta dan inovasi pelajar-pelajar SMK Dato Permaisuri.

Tempat kedua dimenangi Irsyaduddin Yahya dan Mohammad Fikri Ismail dengan projek bertajuk ‘Ekosistem’ manakala ketiga dimenangi Nurul Saidatul Hikmah Abdullah dan Umie Ellyana Abdullah dengan tajuk projek ‘Piramid Makanan’.

Tempat keempat dimenangi Mohammad Arriq Anazim dan Nurellyza Izzaty Mizan dengan projek ‘Sistem Suria’ manakala kelima dimenangi William Fung dan Mohammad Syafiq Masudirna Abdullah dengan projek ‘Sistem Badan Manusia’.

Dalam pada itu, pertandingan tersebut disertai 16 kumpulan terdiri 32 orang pelajar.

Advertisement