Anda di sini

Ahli PPBM gesa pimpinan parti mohon maaf secara terbuka

Advertisement

ALOR SETAR: Lebih 30 anggota Parti Pribumi Ber­satu Malaysia (PPBM) menggesa pucuk pimpinan parti membuat permohonan maaf secara terbuka atas kelemahan mereka seh­ingga menyebabkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) mengeluar­kan perintah agar parti itu dibubarkan sementara.

Mereka yang terdiri dari­pada anggota PPBM akar umbi bagi bahagian Pen­dang, Jerai, Sungai Petani dan Alor Setar turut mer­asa diperbodohkan apabila masa, wang ringgit dan kerja kuat untuk parti selama ini menjadi sia-sia menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Kami menuntut agar Tun Dr Mahathir Mohamad (Pengerusi PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin (Presiden PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Timbalan Presiden PPBM), Setiausaha Agung PPBM, Datuk Shahruddin Md Salleh serta Setiausaha Kerja PPBM, Muhammad Suhaimi Yahya memohon maaf secara terbuka kepada seluruh ahli parti yang kini te­lah bergelar bekas ahli PPBM atas kelemahan mereka yang mengakibatkan parti ter­bubar.

“Kita terpaksa menumpang simpati atau menjadi peminta sedekah kepada parti lain, kami amat malu dengan tindakan bodoh pemimpin kami sendiri,” kata anggota akar umbi PPBM bahagian Pendang, Shukor Shamsud­din, yang mewakili anggota parti akar umbi yang lain, dalam satu sidang akhbar di sini, semalam.

Shukor berkata, anggota PPBM juga tidak boleh men­yalahkan RoS kerana jabatan itu telah menjalankan tang­gungjawabnya dengan baik, sebaliknya pimpinan parti ha­rus belajar daripada kesilapan besar yang dilakukan mereka sebelum menguruskan ses­ebuah parti.

“Kami melihat kepimpinan PPBM terutama Tun Ma­hathir dan yang lain mempu­nyai pengalaman, tidakkah mereka tahu peraturan-per­aturan Akta Pertubuhan. Adakah sebelum ini Persi­dangan UMNO dibuat tanpa mesyuarat di cawangan-ca­wangan serta bahagian-ba­hagian, salah tetap salah dan jangan nak perbodohkan kami untuk kami salahkan RoS pula,” katanya.

Kelmarin, Ketua Penga­rah RoS, Surayati Ibrahim menerusi sidang medianya mengumumkan perintah pembubaran sementara PPBM mengikut Seksy­en 14(5) Akta Pertubuhan 1966.

Perintah itu mempe­runtukkan PPBM diberi tempoh 30 hari untuk menghantar semua doku­men yang diperlukan RoS dan jika ada rayuan dan ditolak, PPBM akan dibat­alkan pendaftarannya.

Surayati dilaporkan ber­kata PPBM juga tidak boleh menggunakan nama dan logo parti dalam tempoh perintah pembubaran sementara itu serta tidak dibenarkan melak­sanakan sebarang aktiviti berkaitan parti. — Bernama

Advertisement