Anda di sini

Kayuhan Mesra Jambori Mukah 2018 bantu kanak-kanak OKU

Advertisement
 (Dari tiga kiri) Jamil, Fatimah dan Poh bergambar bersama semasa majlis penyerahan tajaan di Bangunan Baitulmakmur hari ini.
(Dari tiga kiri) Jamil, Fatimah dan Poh bergambar bersama semasa majlis penyerahan tajaan di Bangunan Baitulmakmur hari ini.

KUCHING: Kelab Berbasikal Mukah (KBM) dengan kerjasama LSC dan LEA Centre akan menganjurkan Kayuhan Mesra Jambori Mukah 2018 – Kayuhan Amal Adik Fifi pada 22 April bertempat di Tapak Pesta Kaul, Mukah.

Pengerusi KBM, Jamil Othman memberitahu aktiviti tahun ketiga itu juga bertujuan mengumpul dana bagi membantu kanak-kanak OKU, Fifi Nurlyana Syafina Mohamad Adika.

Menurut Jamil, seramai 210 peserta dari seluruh Sarawak termasuk 20 pekayuh dari Brunei Darussalam telah mengesahkan penyertaan.

Ia melibatkan laluan dari Mukah menuju ke Dalat dan berakhir semula di Mukah.

“Kayuhan ini bertujuan mengumpul dana bagi membantu adik Fifi (8 tahun) yang lumpuh separuh badan akibat kemalangan pada 2016. 

“Kemalangan itu juga menyebabkan beliau kehilangan ibu bapa termasuk abangnya dan beliau dijaga neneknya,” jelas Jamil pada majlis penyerahan tajaan di Bangunan Baitulmakmur hari ini.

Menurutnya, kayuhan ini juga bagi menyahut saranan Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah agar aktiviti tersebut diperluaskan ke kawasan DUN Dalat.

Jelasnya, RM20 dari yuran RM60 dikutip dari setiap peserta akan disalurkan kepada tabung bantuan adik Fifi.

Sementara itu, Fatimah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat menyambut baik inisiatif KBM dengan meneruskan penganjuran kayuhan tersebut bagi tahun ketiga.

Menurut Fatimah, aktiviti tersebut sangat baik dan murni kerana ia bukan sahaja mengajak masyarakat mengamalkan budaya sihat secara riadah berbasikal tetapi turut membantu golongan yang memerlukan.

Pada masa sama jelas Fatimah, aktiviti seumpama turut mengukuhkan perpaduan dan setiakawan dalam kalangan pekayuh yang mengambil bahagian.
Hadir sama Pengarah Urusan Kanan LSC, Poh Siok Hoon.

  • oleh
  • Advertisement