Anda di sini

Ceramah ERT, demonstrasi kebakaran di Klinik Kesihatan Bahagian Sri Aman

Advertisement
 Jilin menyampaikan ceramah penubuhan ERT dan demonstrasi penggunaan alat pemadam api yang betul di Sri Aman, baru-baru ini.
MAKLUMAT: Jilin menyampaikan ceramah penubuhan ERT dan demonstrasi penggunaan alat pemadam api yang betul di Sri Aman, baru-baru ini.

PEJABAT Kesihatan Bahagian Sri Aman menganjurkan Ceramah Penubuhan Pasukan Bertindak Kecemasan (ERT) dan Demonstrasi Penggunaan Alat Pemadam Api yang betul di Sri Aman, baru-baru ini.

Program diadakan sempena Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerja itu disertai oleh para peserta dari Klinik Kesihatan Bahagian Sri Aman.

Seramai 65 peserta menyertai ceramah penubuhan ERT dan demonstrasi penggunaan alat pemadam api yang betul selama satu hari itu.

Ceramah disampaikan oleh penceramah jemputan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman PBK II Jilin Itar.

 Para peserta memberi tumpuan kepada demonstrasi penggunaan alat pemadam api yang betul.
TELITI: Para peserta memberi tumpuan kepada demonstrasi penggunaan alat pemadam api yang betul.

Turut sama memberi ceramah PBB William Baheng dan dibantu PBB Azman Bohari.

Berucap ketika merasmikan majlis, Pegawai Kesihatan Bahagian Sri Aman Dr Musalnizan Mustalkah melahirkan rasa syukur atas pelaksanaan program yang memberi banyak ilmu dan manfaat kepada mereka.

“Justeru, saya harap kita dapat melaksanakan program seperti ini lagi sebagai persiapan kita terutama ketika menghadapi detik cemas misalnya, kebakaran,” katanya.

Pada majlis itu, Dr Musalnizan turut menyampaikan penghargaan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melalui BBP Sri Aman kerana telah memberikan kerjasama menjayakan program tersebut.

Advertisement