Anda di sini

Kim Jong Un ‘amat terharu’ tonton konsert K-pop

Advertisement
 Gambar serahan Korean Central News Agency (KCNA) semalam menunjukkan Kim (barisan kedua, tengah) dan isterinya (barisan kedua, enam kiri) bergambar bersama Menteri Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea Selatan Do Jong Whan (barisan ketiga, tiga kanan) dan para penghibur Korea Selatan selepas konsert K-pop di Dewan Teater Pyongyang. — Gambar AFP
UNTUK KENANGAN: Gambar serahan Korean Central News Agency (KCNA) semalam menunjukkan Kim (barisan kedua, tengah) dan isterinya (barisan kedua, enam kiri) bergambar bersama Menteri Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea Selatan Do Jong Whan (barisan ketiga, tiga kanan) dan para penghibur Korea Selatan selepas konsert K-pop di Dewan Teater Pyongyang. — Gambar AFP

SEOUL: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un senyum, bertepuk tangan dan berkata beliau “amat terharu” dengan persembahan yang unik daripada bintang-bintang K-pop Korea Selatan di Pyongyang, media kerajaan melaporkan semalam.

Kemunculan berprofil tinggi Kim dan isterinya, bekas penyanyi Ri Sol Ju, di konsert itu adalah luar biasa kerana rejim kuku besinya biasanya berusaha untuk mencegah sebarang penyerapan budaya pop Korea Selatan di kalangan penduduknya yang terpinggir.

Kim, pemimpin Korea Utara pertama dalam sejarah yang menonton pertunjukan oleh penghibur dari Korea Selatan, berjabat tangan dengan para penghibur dan “menyuara-              kan kesyukurannya yang mendalam kepada mereka”, agensi berita rasmi Korea Utara KCNA melaporkan.   

“Beliau berkata beliau amat terharu melihat rakyat kita dengan ikhlas memuji persembahan itu, sekali gus mendalami kefahaman tentang seni popular pihak Selatan,” kata KCNA.

Lawatan oleh penghibur Korea Selatan itu, yang dilihat sebagai sebahagian daripada usaha Seoul untuk menawan hati dengan kebudayaan, dibuat ketika pemulihan hubungan diplomatik semakin rancak di semenanjung menjelang sidang kemuncak antara Korea yang bersejarah pada hujung bulan ini.

Kim berkata beliau kemungkinan sibuk “kerana program politiknya yang rumit pada awal April”, maka itu beliau gembira kerana dapat menonton konsert yang beliau puji kerana membawa “musim bunga keamanan”.

Kumpulan 120 anggota dari Korea Selatan – 11 penghibur muzik serta penari, jurutek-nik dan artis pertahanan diri – memberi satu konsert kelmarin dan satu lagi dijadual diadakan pada hari ini (Selasa).

Kim dan isterinya kelihatan bertepuk tangan sewaktu konsert selama dua jam kelmarin, yang turut dihadiri adik perempuan Kim, Kim Yo Jong, dan ketua negara simbolik Korea Utara, Kim Yong Nam.

Konsert yang berlangsung di Teater Agung Pyongyang Timur dengan 1,500 tempat duduk dan dihiasi dengan begitu teliti itu berakhir dengan tepukan gemuruh oleh audiens yang memenuhi teater selepas finale yang memaparkan semua bintang menyanyikan lagu tentang penyatuan.

Salah satu persembahan yang paling menarik perhatian adalah oleh Red Velvet, sebahagian daripada fenomena K-pop yang amat popular di Korea Selatan yang telah memukau audiens di dalam dan luar Asia.

Malah pemimpin Kim me-ngakui terdapat “minat yang begitu tinggi untuk tahu sama ada saya akan datang untuk melihat Red Velvet ataupun tidak”.

Kumpulan lima anggota gadis itu – yang terkenal dengan adunan muzik elek-tronik dan koreografi hangat yang menjadi ciri istimewa K-pop – mempersembahkan dua lagu hit mereka ‘Bad Boy’ dan ‘Red Flavour’.

“Audiens Korea Utara bertepuk tangan jauh lebih kuat daripada apa yang kami jangkakan dan malah sama-sama bernyanyi, ia amat melegakan,” kata anggota kumpulan Yeri kepada pemberita. — AFP

Advertisement