Anda di sini

Pendaftaran Sarawak Borneo Cross Country Rally kini dibuka

Advertisement
_Abdul Karim mempengerusikan sidang media Sarawak Borneo Cross Country Rally 2018 sambil ditemani (dari kiri) Patrick, Kho dan Mohammad._
 

KUCHING: Pendaftaran Sarawak Borneo Cross Country Rally 2018 kini dibuka kepada semua peminat motosikal berkuasa tinggi di rantau ini.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, program jelajah Pulau Borneo itu akan diadakan pada 3 hingga 14 Ogos nanti.

Laluan yang bakal dilalui dalam jelajah itu katanya, akan bermula dari Kota Kinabalu ke Brunei, Miri, Bintulu, Sibu singgah Kuching sebelum meneruskan ke Pontianak, Singkawang di Indonesia dan lokasi terakhir di  Kuching.

"Program jelajah Borneo ini secara tidak langsung mempromosikan Sarawak sebagai lokasi pelancongan sekali gus melonjakkan industri pelancongan di sini termasuk negara yang disinggahi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Sarawak Borneo Cross Country Rally 2018 di iCom Square di sini pagi tadi.

Untuk pendaftaran, orang ramai yang berminat boleh melayari laman Facebook Sarawak Borneo Cross Country Rally 2018 bagi mendapatkan borang pendaftaran.

Ia terbuka kepada penunggang yang mempunyai motosikal berkuasa tinggi dari 250cc dan ke atas.

Yuran dikenakan RM4,777 (kongsi bilik) dan RM5,555 (bilik individu).

Pakej itu termasuk penginapan, makan dan minuman, 'goodie' beg, tiga baju kemeja-t dan satu baju lengan panjang, minyak, yuran dokumen untuk rentas sempadan, trak sokongan dan pasukan teknikal.

Program jelajah Borneo itu merupakan anjuran Uni Des Event Sdn Bhd dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan dan media rasmi akhbar Kumpulan See Hua (Utusan Borneo, Borneopost dan See Hua Daily).

Untuk tempahan, hubungi 013-3913388, 019-2705073 dan 012-6866550.

Hadir sama, Pengerusi iCube Innovation, Datuk Patrick Liew; Pengarah Urusan Uni Des, Kho Sze Min dan Konsulat Jeneral Brunei di Kuching, Mohamad Kamaluddin.
 

  • oleh
  • Advertisement