Anda di sini

Dua tentera Indonesia ditangkap disyaki terlibat kes curi kenderaan.

Advertisement
Kenderaan curi yang dirampas daripada suspek. Gambar kecil menunjukkan raifal beserta kelopak peluru yang dirampas daripada suspek.
Kenderaan curi yang dirampas daripada suspek. Gambar kecil menunjukkan raifal beserta kelopak peluru yang dirampas daripada suspek. (FOTO ehsan PDRM)

LUNDU:  Polis memberkas dua lelaki warga Indonesia yang disyaki anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) bersenjatakan raifal dalam satu operasi di sebuah ladang di sini sekitar jam 3 pagi hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Dato Dev Kumar berkata Ops Lejang yang terdiri daripada tiga pegawai dan 19 anggota itu dijalankan di satu laluan di Ladang Raso di sini sebelum menahan sebuah motosikal dari arah sempadan Lundu-Indonesia.

"Dalam operasi itu polis berjaya menyekat motosikal dan menahan dua lelaki Indonesia yang memakai seluar TNI .

"Seorang suspek membawa senjata raifal jenis SS 1 bersama satu kelopak dan 15 butir peluru," katanya.

Jelasnya semakan dokumen pengenalan diri menunjukkan bahawa kedua-dua suspek adalah anggota TNI.

Turut ditahan seorang lagi suspek, yang tiba-tiba datang menggunakan sebuah kenderaan dipandu laju dari arah Lundu menuju ke sempadan Indonesia.

"Pasukan polis berjaya mengejar dan menangkap salah seorang suspek yang sedang bersembunyi dalam semak manakala seorang lagi berjaya melarikan diri," katanya.

Ketiga-tiga suspek kini ditahan di IPD Lundu untuk siasatan lanjut. 

Kes juga disiasat di bawah Kanun Keseksaan, Akta Senjatapi 1960 dan Akta Imigresen.

  • oleh
  • Advertisement