Anda di sini

Harris, Apoi juara Kejohanan Tenis Piala Tenis Berimbai

Advertisement

KUCHING: Gandingan Harris Tidan dan Apoi Wan muncul juara Kejohanan Tenis Piala Tenis Berimbai yang diadakan di Kelab Golf Sarawak (KGS) pada Sabtu lepas.

 Tempat kedua pula dirangkul beregu Sap Jilan dan Slyvester Roy.

 Seramai 10 peserta (lima beregu) menyertai kejohanan dianjur mengikut format ‘Round Robin’ itu.

 Menurut Pengarah Pertandingan, Richard Tegang objektif utama penganjuran pertandingan itu untuk mempopularkan tenis dalam kalangan masyarakat.

 “Kejohanan ini juga bertujuan mengukuhkan integrasi antara kaum dalam kalangan pemain tenis veteran,” katanya ringkas.

 Menurutnya, peserta pertandingan terdiri dari pelbagai kaum seeperti Melayu, Iban, Orang Ulu, Bidayuh dan Cina.

 Jelasnya, untuk edisi kedua beliau berharap lebih ramai peserta akan mengambil bahagian di mana pihaknya mencadang untuk menganjur pertandingan itu setiap bulan.

 Pertandingan itu ditaja oleh Eco Baram & Farms Sdn Bhd dengan kerjasama KGS.

 Richard turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada pihak KGS kerana sudi menyediakan venue bagi penganjuran pertandingan untuk edisi akan datang.

Advertisement