Anda di sini

Sarikei juara keseluruhan Kejohanan Taekwondo Kebangsaan Kuching

Advertisement

KUCHING: Sarikei muncul juara keseluruhan pada Kejohanan Taekwondo Kebangsaan Kuching yang berakhir di Stadium Tertutup MBKS, Pending di sini Ahad lalu.

 Kejayaan itu menyaksikan Sarikei menggondol sebanyak 27 pingat emas, 11 perak dan 19 gangsa pada kejohanan edisi pertama itu.

 Menghuni tangga kedua dengan kutipan 16 emas, enam perak dan lapan gangsa ialah pasukan Ling Ling Club Sarikei manakala Choi TKD Academy di tempat ketiga dengan 10 emas, 12 pera dan 10 gangsa.

 Atlet-atlet mewakili Sarikei mendominasi pentas utama dengan menyapu lima acara ‘sparring’ menyaksikan lima emas dan dua gangsa menjadi milik mereka dalam kategori umur 16-18 tahun.

 Empat emas, tiga perak dan dua gangsa kategori umur 13-15 tahun, tiga emas, dua perak dan satu gangsa kategori umur 10-12 tahun, satu emas, dua perak dan empat gangsa kategori 9 tahun ke bawah dan empat emas, satu perak dalam kategori terbuka.

Dalam acara ‘Poomsae’, Ling Ling Club meraih dua emas dan satu perak dalam kategori 9 tahun ke bawah selain kutipan tiga emas, dua perak dan empat gangsa kategori 10-12 tahun, dua emas, dua perak dan satu gangsa bagi kategori 13-15 tahun dan tiga emas dalam kategori 16- 18 tahun.

 Miri Qinyi pula meraih dua emas dalam kategori 16-18 tahun.

 Persaingan dalam acara lain menyaksikan Persatuan Taekwondo Sarawak mengutip tiga emas dalam kategori 16-18 tahun manakala Miri meraih dua emas acara terbuka.

 Seramai 200 peserta termasuk dari beberapa negara luar mengambil bahagian pada kejohanan anjuran Persatuan Taekwondo Sarawak dan disokong oleh Persatuan Taekwondo Malaysia (WTF).

Advertisement