Anda di sini

Kombinasi Suhu tinggi dan angin kuat marakkan kebakaran hutan di Australia

Advertisement
 Gambar yang dirakam kelmarin dan diserahkan semalam oleh David Porter menunjukkan asap berkepul dari kawasan yang terbakar di kampung Tathra, pantai selatan New South Wales. — Gambar AFP
TERJEJAS TERUK: Gambar yang dirakam kelmarin dan diserahkan semalam oleh David Porter menunjukkan asap berkepul dari kawasan yang terbakar di kampung Tathra, pantai selatan New South Wales. — Gambar AFP

SYDNEY: Suhu yang tinggi dan angin kuat telah memarakkan lagi kebakaran hutan dan rumput besar di Austra-lia, menurut pihak berkuasa semalam, menyebabkan beberapa buah rumah hangus terbakar dan membunuh ternakan.

Sehingga 70 buah rumah dan bangunan telah musnah atau rosak di kampung tepi pantai yang cantik Tathra di pantai selatan New South Wales ketika satu kebakaran meletus melalui kawasan tersebut kelmarin.

Kira-kira 40,000 hektar turut musnah di wilayah barat daya bagi daerah berhampiran Victoria ketika beberapa kebakaran telah berlaku sepanjang hujung minggu, mengorbankan lembu dan ternakan tenusu.

Di sebalik kerosakan itu, pihak berkuasa menyatakan tiada laporan mengenai kecederaan serius atau kematian.

Keadaan tengah hari kelmarin amat menjejaskan komuniti Tathra, di mana kebakaran diburukkan udara kering yang amat panas dan angin yang amat kuat,” Pesuruhjaya Perkhidmatan Bomba Luar Bandar NSW Shane Fitzsimmons memberitahu Sky News Australia kelmarin.

Kami melihat ratusan percikan api jatuh di dalam dan sekitar komuniti Tathra, dengan kebakaran d tengah-tengah jalan.”

Kebakaran muncul ketika bahagian tenggara Australia dilanda keadaan cuaca panas tanpa musim, dengan tiupan angin memarakkan lagi kebakaran besar.

Pakar menyatakan kebakaran menunjukkan musim kebakaran hutan, yang selalunya berlaku pada bulan-bulan panas Disember-Februari, berpanjangan ketika perubahan iklim mengganggu corak cuaca.

Di Tathra, lebih 1,000 hektar tanah terbakar dan lebih 60 anggota bomba terus menangani kebakaran semalam, dibantu tiga pesawat pengebom air, menurut jurucakap Perkhidmatan Bomba Luar Bandar NSW Greg Allan.

Di Victoria, Perdana Menteri Daniel Andrews menyatakan, kekuatan kebakaran tidak dijangkakan memusnahkan sekurang-kurangnya 18 rumah.

Saiz api ini amat besar dan pantas merebak sepanjang malam.

Kami semua amat bernasib baik kerana tiada kecederaan serius atau kehilangan nyawa,” beliau memberitahu wartawan.

Anggota bomba berharap mereka dapat mengawal tiga lagi kebakaran di wilayah ketika cuaca menjadi lebih baik, tambah Andrews. Keadaan lebih dingin dan hujan turut diramalkan di Tathra, kata Fitzsimmons.

Kejadian ini menunjukkan kebakaran yang memusnahkan boleh berlaku di luar musim panas kebakaran hutan,” menurut David Bowman, pakar bidang biologi perubahan alam sekitar di University of Tasmania.

Musim kebakaran bertambah panjang secara global sebagai respons kepada perubahan iklim, kebakaran pemusnah yang sama secara bermusim telah dilaporkan di tempat lain di dunia, seperti California.” — AFP

Advertisement