Anda di sini

Adam mengungguli Badminton Tertutup Sarawak

Advertisement
 Marzuki, Shaifulbahri dan Mias bersama pemenang pertandingan badminton di Kuching kelmarin.
TAHNIAH: Marzuki, Shaifulbahri dan Mias bersama pemenang pertandingan badminton di Kuching kelmarin.

KUCHING: Adam Lau menjuarai Pertandingan Badminton Tertutup Sarawak 2018 selepas diberi kemenangan percuma oleh adik kembarnya, Alfred Lau dalam kategori perseorangan lelaki.

 Kemenangan itu sekali gus membolehkan Adam menggondol hadiah wang tunai RM800 berserta medal dan plak.

 Manakala Alfred akur menamatkan saingan di tempat kedua bagi membawa habuan RM500, medal dan plak.

 Tempat ketiga bersama dimenangi Owen Ting dan Kelvin Jee masing-masing membawa pulang hadiah RM200 dan medal.

 Sementara itu hadiah sagu hati RM50 turut disampaikan kepada pemain- pemain tewas pusingan suku akhir.

 Bagi kategori beregu lelaki pula, pasangan Owen Ting dan Lai Zing Ning menewaskan gandingan adik- beradik, Adam dan Alfred (21-17, 21-14) untuk menjulang trofi kejuaraan sekali gus menyapu bersih wang tunai RM1,000.

 Pa s angan Wan Ki a n Hee dan David Chuo pula menewaskan beregu Dr Bustari Eddi dan Zamahari Eddie dengan 17-21, 21-18, 22-20 untuk mendominasi kategori beregu veteran.

 Manakala tempat ketiga bersama dimenangi pasangan beregu Kamil Ibrahim dan Ghazi Turkey serta Awang Ahmat dan Irwan Zulkarnain Hasbie.

 Dalam kategori perseorangan wanita menyaksikan Wendy Tan cemerlang menewaskan pencabarnya, Kashley Kho.

 Wendy Tan dan Michelle Tan memenangi beregu wanita setelah menewaskan Imanlainy Jose Tan dan Noor Fazeera dengan 21-7, 21-13.

 Beregu Hafizah Zulkipli dan Fateen Shahrizan, Fazanah Abd Taib dan Wong Hui Ching masing-masing menamatkan saingan di tempat ketiga.

 Beregu veteran wanita dimenangi oleh Angie Lee dan Jane Lim setelah menewaskan beregu Phua Foong Thin dan Choo Mei Hung.

 Tempat ketiga bersama beregu Dayang Noraini dan Jamilah Ahmad dan Nabillah Ahmad dan Norhayati Kawi.

 Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Presiden PBBS Shaifulbahri Shukri, Naib Presiden PBBS, Marzuki Mohammad Omar dan Mias Indap dari CS Sports Enterprise.

Advertisement