Anda di sini

Jom sertai Bola Sepak 9 Sebelah di Serian 31 Mac

Advertisement

KUCHING: Jabatan Belia dan Sukan, Pejabat Residen Bahagian Serian dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian (Serian FA) menganjurkan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah sempena program Liga Sukan Untuk Semua (LISUS) 2018.

 Presiden Serian FA, Phillip Jabu berkata kejohanan tersebut akan berlangsung selama dua hari pada 31 Mac dan 1 April depan di Komplek Sukan Serian.

 “Kita menjemput manamana pasukan yang berminat mendaftar dengan segera kerana penyertaan hanya terbuka kepada 16 pasukan sahaja mengikut ‘first come first serve’.

 “Format pertandingan adalah liga berkumpulan dengan pemain-pemain perlu berumur 15 tahun ke atas untuk layak bermain,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini semalam.

 Menurut Phillip, setiap pasukan dikenakan yuran berjumlah RM250 dengan tarikh tutup penyertaan pada 24 Mac ini, jam 12 tengah hari.

 Katanya, cabutan undi diadakan pada 25 Mac manakala tarikh dan masa dimaklumkan penganjur.

 Juara akan menggondol wang tunai berjumlah RM1,500, baucar RM500, trofi dan medal.

 Naib juara membawa pulang RM1,000, baucar RM300, trofi dan medal.

 Manakala pemenang tempat ketiga bersama masingmasing menerima RM400, baucar RM100, trofi dan medal.

 Untuk keterangan lanjut, hubungi Phillip di talian 017-8161612, Busrah (010-4310881), Haical (013- 5603163) atau Richard (013- 8428449).

Advertisement