Anda di sini

Atlet Kenya dominasi Marathon Miri

Advertisement

Mereka mendominasi kategori terbuka 42 kilometer turut disertai 1,200 atlet dari lapan negara

MIRI: Atlet marathon dari Kenya mendominasi kategori terbuka 42 kilometer pada larian Marathon Miri 2018 yang disertai 1,200 atlet dari lapan negara bermula jam 2 pagi di Stadium Miri semalam.

 Untuk kategori lelaki, juara adalah milik James Munyi Maregu dengan catatan masa 2:31:32.

 Naib juara, ketiga dan keempat juga dimenangi atlet Kenya iaitu Rutto John Kipkorir (2:36:39), James Karanja (2:42:26) dan Jackson Kiprotich Chirchir (2:46:36).

 Dengan catatan masa 3:28:48, Naum Jepkosgei dari Kenya menjuarai kategori wanita terbuka.

 Atlet Malaysia, Tho Siaw Khim (3:33:13), Wong Boon Jen (3:52:36) dan Mailin Ripau (4:05:17) mendapat tempat kedua, ketiga dan keempat.

 Juara untuk kategori ini menerima hadiah RM4,000, kedua (RM3,000), ketiga (RM2,000) dan keempat (RM1,000) berserta trofi.

 Ketiga mereka juga memenangi kategori wanita terbuka kebangsaan.

 Untuk kategori 42 kilometer lelaki terbuka kebangsaan, juara milik Mohd Jironi Riduan dengan masa 2:52:10, tempat kedua ialah Ruston Masri (3:04:08) dan ketiga dimenangi Daved Simpat dengan 3:09:47 Mereka masing-masing menerima hadiah RM2,000, RM1,500 dan RM1,000.

 Untuk kategori 42 kilometer wanita veteran, atlet Malaysia menduduki tempat pertama dan kedua Lee Leh Ha (4:08:09) dan Airince Liam (4:09:22).

 Tempat ketiga Melissa Yeung dengan catatan masa 4:15:37.

 Juara kategori ini menerima hadiah RM1,500, kedua (RM750) dan ketiga (RM400) berserta trofi.

 Selain marathon penuh, kategori 10km dan 21km juga dipertandingkan menarik penyertaan lebih 3,000 peserta termasuk dari Singapura, Brunei, Filipina, Jepun, New Zealand dan India.

 Senarai juara lain ialah kategori 10km lelaki terbuka - Razali Sabli dari Brunei (42:51), 10km wanita terbuka - Lee Siew Shien dari Malaysia (54:42), 21km lelaki terbuka - Younes Ammouta dari Morroco (1:19:57), 21km wanita terbuka - Jennifer Sia dari Malaysia (1:57:34) dan 21km lelaki veteran - Lee Kim Hing dari Malaysia (1:31:10).

 Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Lee Kim Shin yang juga Penasihat Persatuan Marathon Miri (MMA) menyampaikan hadiah kepada pemenang.

 Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau, Datuk Sebastian Ting dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM), Adam Yii.

 Aktiviti edisi kedua itu dianjurkan oleh MMA selepas kejayaan aktiviti julung kali pada Mac tahun lalu dengan penyertaan lebih 4,000 orang untuk pelbagai kategori.

 James menerima hadiah daripada Lee bersama Sebastian dan Adam di pekarangan Stadium Tertutup Miri semalam
TAHNIAH: James menerima hadiah daripada Lee bersama Sebastian dan Adam di pekarangan Stadium Tertutup Miri semalam
  • oleh
  • Advertisement