Anda di sini

Pelbagai aktiviti diadakan sempena Regata Belaga 2018

Advertisement

BELAGA: Pelbagai aktiviti diadakan sempena Regata Belaga 2018 sebelum ini dikenali Belaga Rainforest Challenge berlangsung pada 29 September depan di sini.

 Pemangku Pegawai Daerah Belaga, Juan Ubit berkata acara diadakan sekali dua tahun itu sejak 2012, 2014 dan 2016 bakaldirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg pada 29 September.

 Manakala penutupannya dijangka disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah pada hari berikutnya.

 “Pelbagai aktiviti dirancang diadakan sempena penganjuran regata itu seperti pertandingan perahu berhias, sukan rakyat, sukan air, Belaga Rain Forest Challenge, gerai jualan, pondok berhias, acara kebudayaan, pembukaan kaunter jabatan kerajaan dan lain-lainnya,” katanya semasa mempengerusikan mesyuarat pertama persediaan Regata Belaga 2018 di sini kelmarin.

 Selain itu, pembukaan rasmi malam kebudayaan dicadangkan pada malam 27 September dijangka dirasmikan oleh Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga, Datuk Liwan Lagang dan ADUN Murum, Kennedy Chuk Pai.

 Katanya, penganjur menghantar permohonan kepada Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) memasukkan aktiviti Regata Belaga ke dalam kalender pelancongan Sarawak supaya acara diadakan mendapat peruntukan daripada kerajaan.

 “Justeru, kepada peminatpeminat sukan air dari daerah- daerah lain seperti Baram dan sebagainya dijemput menyertai pertandingan perlumbaan bot menggunakan enjin pam,” katanya.

 Turut hadir pada mesyuarat itu Temenggung Ajang Sirek, Pemanca Unak Akah, Kaunselor Abu Talip dan ketua- ketua jabatan kerajaan.

Advertisement