Anda di sini

Tumpuan utama SUKMA

Advertisement
 Kennedy (tengah) bersama tetamu serta pasukan yang mengambil bahagian pada Kejohanan Memanah Outdoor Sarawak Edisi Ke-19 di Sibu petang semalam.
PESERTA: Kennedy (tengah) bersama tetamu serta pasukan yang mengambil bahagian pada Kejohanan Memanah Outdoor Sarawak Edisi Ke-19 di Sibu petang semalam.

SIBU: Kerajaan negeri amat komited untuk memban­gunkan sukan memanah di negeri ini, kata Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan.

Justeru, kementeriannya dengan kerjasama persatuan-persatuan memanah negeri ini terus berusaha mempro­mosikan sukan itu seluruh bahagian di Sarawak.

“Sukan memanah adalah salah satu sukan yang kita berikan tumpuan utama lebih-lebih lagi pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA).

“Saya selaku menteri ber­tanggungjawab terhadap su­kan di negeri ini sudah pasti mahu membantu melonja­kkan sukan ini,” katanya ke­tika merasmikan Kejohanan Memanah Outdoor Sarawak Edisi Ke-19 di Padang Se­kolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sacred Heart di sini petang semalam.

Teks ucapannya dibacakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon yang mewakilinya menyempur­nakan kejohanan tersebut.

 Hadir sama Setiausaha Agung Persatuan Memanah Sarawak (SAA) Chong Yap Jin, Ketua Majlis Sukan Neg­eri Sarawak (MSNS) Zon Ten­gah, Gloria James Juat serta tetamu lain.

Kejohanan berlangsung dari 16 hingga 20 Mac itu diser­tai seramai 260 peserta dari 19 pasukan seluruh negeri termasuk beberapa pasukan dari Semenanjung Malaysia dan Sabah.

Antaranya ialah pasukan dari Johor, Melaka, Pulau Pinang, Perak, Sabah, MSN Sarawak, Sibu DAA, Pe­mansa Kuching dan X Tune dari Miri.

Kejohanan ini adalah an­juran Persatuan Memanah Negeri Sarawak (PEMASA), SAA dan Persatuan Memanah Bahagian Sibu (SDAA).

Snowdan yang juga ADUN Balai Ringin berkata, sukan memanah adalah satu sukan sihat dan merupakan sukan yang mencabar berbanding sukan-sukan lain.

“Ia sebenarnya memerlukan komitmen tinggi daripada pe­manah termasuk jurulatihnya dan sangat menguji dari segi kesabaran.

“Justeru, ia merupakan sebuah sukan lasak sekali gus turut memerlukan ta­hap kecergasan mental dan fizikal,” jelasnya.

Sementara itu, beliau turut memuji inisiatif persatuan-persatuan memanah terlibat kerana komited mengan­jurkan kejohanan bagi edisi ke-19 itu.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada persatuan tersebut atas usaha itu dan berharap dapat dianjurkan lebih berprestij pada masa akan datang.

Kejohanan ini bukan sahaja menambah pengalaman kepa­da peserta malah mencungkil bakat-bakat baharu di kalan­gan generasi muda.

Pada masa sama turut mem­promosi semangat setiakawan dan aktiviti pelancongan di negeri ini.

  • oleh
  • Advertisement