Anda di sini

Liwat anak jiran: Lelaki dipenjara 14 tahun, tiga sebatan

Advertisement

KAJANG: Seorang bekas pekerja pendawaian elektrik dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas didapati bersalah meliwat anak lelaki jirannya berumur sembilan tahun.

Hakim Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman itu ke atas Saiful Affendey Zairulliza, 31, selepas men- dapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan di akhir kes pembelaan.

Mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah, tertuduh dengan ini disabitkan dengan pertuduhan dan dijatuhi hukuman penjara 14 tahun bermula dari tarikh tangkap pada 24 November 2016 dan tiga sebatan,” katanya.

Mahkamah membuat ke-putusan itu selepas mende-ngar keterangan 16 saksi pihak pendakwaan termasuk mangsa dan seorang saksi pihak pembelaan iaitu tertuduh pada perbicaraan yang bermula 23 Mac 2017.

Saiful Affendey yang masih bujang didakwa melakukan kesalahan itu di rumah sewanya di sebuah pangsapuri di Seksyen 5, Bandar Baru Bangi, di sini antara jam 4 petang dan 5 petang, 17 Nov 2016 mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh juga disebat, jika sabit ke-salahan.

Mengikut keterangan kes, tertuduh yang menyewa di pangsapuri itu bersama rakan-rakannya mempunyai hubungan baik dengan mangsa dan kanak-kanak lain.

Pada hari kejadian, ketika mangsa sedang bermain bersama rakannya, tertuduh telah memanggil dan meminta mangsa untuk membantunya mengemas pakaian di rumah tertuduh.

Mangsa kemudian mengikut tertuduh ke rumahnya dan tertuduh telah mengambil kesempatan meliwat mangsa di atas sofa ruang tamu rumahnya semasa rakan serumahnya tiada di rumah.

Keesokannya mangsa telah memberitahu kejadian itu kepada adik lelakinya dan perbualan itu didengari seorang abangnya yang terus memaklumkan kepada ibu-nya. — Bernama

Advertisement