Anda di sini

Program jangka panjang bangunkan sukan hoki

Advertisement
 Sesi pemilihan pemain wanita sedang dijalankan.
BANGUN HOKI: Sesi pemilihan pemain wanita sedang dijalankan.

KUCHING: Persatuan HokiSarawak (SHA) akan memulakanprogram pembangunanjangka panjang bagi pemainremaja lelaki dan perempuanbawah 12 tahun.

Latihan yang akan diadakanpada setiap pagi Sabtu itu akanbermula 31 Mac ini bertempatdi Stadium Hoki Sarawak, JalanPadungan.

Selain itu, SHA turut melaksanakanprogram bagi peringkatumur terbuka perempuan setiappetang Sabtu dari jam 3.30hingga 6.30 petang, manakalabagi lelaki pada setiap Ahadyang juga bermula 31 Mac ini.

Ketua Jurulatih SHA C. Sivasubramaniam berkata,idea untuk melaksanakan programtersebut lahir selepasmelihat kekurangan programpembangunan hoki di seluruhSarawak.

Melalui program tersebut,beliau berharap dapat mencungkillebih ramai pemainlelaki dan perempuan baharubagi menggantikan pemainyang meninggalkan skuadselepas terlebih usia dan tidaklayak bertanding pada SUKMA.

Sivasubramaniam menambah,beliau akan dibantu jurulatihlain sepanjang programtersebut seperti Sri Sakrunathanyang akan mengendalikan programlelaki.

“Melalui kerjasama SHA,program bawah 12 tahun inakan menyediakan programpembangunan secara sistematikyang berperanan membekalbakat-bakat muda secara berterusan.

“Program bawah 12 ini adalahuntuk mengisi jurang perkembanganakar umbi yang dicari untuk mendapatkan pemainbermain dalam padang hokiyang betul pada usia yang lebihmuda.

“Selepas tempoh tiga bulan,kita akan memilih 30 pemainlelaki dan perempuan dimana mereka akan menjalanilatihan setiap Jumaat, Sabtudan Ahad.

“Mereka akan menjalanilatihan di bawah kendalianbeberapa orang jurulatih,” jelasSivasubramaniam lagi.

Sivasubramaniam berkata,program perintis itu akanmeningkatkan kemahiran asasyang menjadi platform bagimana-mana pemain untukmembangunkan kemahiranmereka.

Tegas beliau, latihan ini perludijalankan kerana Sarawakketinggalan berbanding negeri-negeri lain yang telah punmemulakan pemain di bawahumur 12 tahun.

Bagi program latihan yangdiadakan setiap Sabtu dan Ahadbermula akhir bulan ini terbukakepada semua dengan latihanperempuan yang diadakan padahari Sabtu dan pelatih lelakipada Ahad.

Menurut Sivasubramaniam,program ini secara khususdiatur untuk menampungpelajar perempuan sama adameninggalkan sekolah ataumasih sekolah dan tidak terpilihdalam pemilihan.

Sementara itu, ujian pertamaSUKMA untuk mendapatkanskuad Sarawak diadakan pada24 dan 25 Februari berjayamenarik kira-kira seratus pemain,kedua-dua lelaki danperempuan dari Kuching,Serian, Sibu, Miri, Bintulu danBelaga.

  • oleh
  • Advertisement