Anda di sini

Tiga penganggur didakwa edar dadah lebih 200kg

Advertisement
 Saw, Kuang dan Chin untuk didakwa di Mahkamah Majistret Air Keroh semalam, atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis Methamphetamine berjumlah 201.3 kilogram 3 Mac di Melaka. — Gambar Bernama
MENGEDAR DADAH: Saw, Kuang dan Chin untuk didakwa di Mahkamah Majistret Air Keroh semalam, atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis Methamphetamine berjumlah 201.3 kilogram 3 Mac di Melaka. — Gambar Bernama

MELAKA: Tiga lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine berjumlah lebih 200kg di Ayer Keroh di sini, awal bulan ini.

Saw Boon Kee, 33; Kuan Hsieng Sieng, 31 dan Chin Gia Lin, 46, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh.

Semua tertuduh yang tidak mempunyai pekerjaan itu didakwa secara bersama mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat 62.5kg di bahagian dapur rumah No 273, Jalan Belia 15, Taman Belia  Antarabangsa, Ayer Keroh di sini, pada jam 4 petang, 3 Mac lepas.

Ketiga-tiga tertuduh juga didakwa secara bersama mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat 138.8kg di dalam stor bawah tangga rumah yang sama pada masa dan tarikh yang sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh dan mahkamah menetapkan 23 April ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N.Sivashangari manakala semua tertuduh diwakili peguam Low Wei Loke. — Bernama

Advertisement