Anda di sini

Pengurus Southampton dipecat

Advertisement
Foto fail AFP
Mauricio Pellegrino dipecat selepas hanya memenangi satu daripada 17 aksi terakhir liga tersebut. - Foto fail AFP

LONDON: Kelab Liga Perdana Inggeris, Southampton, telah memecat pengurusnya Mauricio Pellegrino selepas memenangi hanya satu daripada 17 aksi terakhir liga itu setakat ini dan berada satu tangga di atas zon penyingkiran, lapor agensi berita China Xinhua.

Kelab itu juga mengumumkan bahawa pembantu pengurus, Carlos Compagnucci, dan penolong jurulatih pasukan pertama, Xavier Tamarit, turut meninggalkan Southampton.

"Kelab akan melantik pasukan pengurusan yang baharu secepat mungkin, dan pencarian untuk mendapatkan pengganti sedang dilakukan," menurut kelab itu dalam satu kenyataan.

Pellegrino, 46, telah dilantik pada Jun sebagai pengganti Claude Puel. - BERNAMA

Advertisement