Anda di sini

Kuching FA teruskan rentak cemerlang

Advertisement

KUCHING: Kuching FA meneruskan rentak cemerlang ketika melayan kunjungan Selangor United apabila menang dengan 2-1 pada aksi Piala FAM 2018 di Stadium Negeri di sini semalam.

 Ternyata kelebihan beraksi di laman sendiri dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh skuad bimbingan Mohamad Sharizan Sahari itu untuk membawa memperolehi tiga mata berharga.

 Skuad tuan rumah terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-19 menerusi pemain tengah, Samsu Alam Abdul Samad.

 Bagaimanapun, keceriaan Kuching FA memimpin perlawanan tidak bertahan lama apabila pelawat menyamakan kedudukan 1-1 selang dua minit kemudian hasil jaringan Yusaini Hafiz Che Saad.

 Tersentak dengan gol penyamaan itu, Kuching FA kembali mengatur gerak dan strategi terbaik melancarkan serangan bertali arus ke gawang Selangor United.

 Usaha keras menggandakan jaringan berhasil apabila penyerang sensasi Kuching FA, Mohamad Shahfitri Salim meledakkan gol kedua pada minit ke-30 untuk tuan rumah mendahului sehingga tamat separuh masa pertama.

 Bersambung babak kedua, persembahan Kuching FA dilihat mengamalkan corak permainan berhati-hati manakala Selangor United mencari peluang untuk memburu gol penyamaan.

 Selangor United seakanakan kembali menemui rentak dengan deretan percubaan berbahaya namun digagalkan oleh penjaga gol Kuching FA, Awang Mohd Tarmizi Awang Mahdini yang beraksi cemerlang di pintu gol.

 Keputusan kekal 2-1 sehingga tamat perlawanan.

 Kuching FA akan meneruskan kempen Piala FAM 2018 menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Padang MINDEF pada 18 Mac ini.

Advertisement