Anda di sini

Bayi maut selepas dibalut selimut, diletak dalam almari

Advertisement
Foto fail Reuters

OSAKA: Seorang pemandu teksi ditahan polis pada Ahad selepas disyaki menyebabkan kematian anak perempuannya yang berusia 12 bulan selepas membalutnya dengan selimut dan meletakkannya dalam almari kerana tak berhenti menangis.

Dalam laporan Japan Today, polis berkata kepada Fuji TV, lelaki berusia 24 tahun berkenaan meletakkan anaknya dalam almari berkenaan pada jam 10 malam Jumaat untuk mendiamkannya, dengan harapan dia akan tidur.

Bagaimanapun, dia yang terjaga dari tidur pada jam 3.30 pagi untuk memeriksa keadaan bayi dikenalpasti sebagai Maria mendapati, bayi berkenaan tidak lagi bernafas lalu menghubungi talian kecemasan.

Doktor di hospital mengesahkan bayi berkenaan telah meninggal dunia akibat lemas.

Ibu bayi berkenaan, 26 tahun sedang bekerja shif malam ketika kejadian, manakala seorang lagi anak perempuan pasangan tersebut yang berumur 2 tahun tidur dalam bilik berasingan.

Advertisement