Anda di sini

NADMA sedia hadapi kemungkinan menjelang PRU14

Advertisement

POKOK SENA: Lebih 100,000 anggota keselamatan berada dalam keadaan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan bencana yang berlaku menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pengurusan Pasca Bencana, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Muhammad Yusoff Wazir berkata mereka adalah anggota terlatih membabitkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kita telah diberi kelulusan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membuat undian awal secara pos, ini bermakna apabila berlaku bencana, anggota berkenaan sedia pada bila-bila masa untuk membantu menguruskan bencana dan kerja menyelamat, jadi tidak ada alasan untuk tidak bertugas di kawasan bencana terutama pada musim pilihan raya umum,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Wang Ihsan Bencana bagi daerah Pokok Sena di sini, semalam yang disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin.

Muhammad Yusoff berkata, masyarakat diharap dapat memberi kerjasama sepenuhnya kepada agensi terlibat agar kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa bencana seperti banjir, ribut, gempa bumi atau tanah runtuh dapat dilakukan dengan lancar tanpa sebarang kecelakaan. — Bernama

Advertisement