Anda di sini

Dua rumah musnah, dua terjejas kebakaran di Petagas

Advertisement
ANGGOTA bomba melakukan pemadaman api di salah sebuah rumah terjejas.
ANGGOTA bomba melakukan pemadaman api di salah sebuah rumah terjejas.
SEBAHAGIAN barangan milik mangsa yang berjaya diselamatkan
SEBAHAGIAN barangan milik mangsa yang berjaya diselamatkan

PENAMPANG: Dua rumah dilaporkan musnah manakala dua yang lain terjejas dalam kebakaran di sebuah taman perumahan di Petagas di sini malam Rabu lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang John Radsung berkata dua rumah yang musnah adalah jenis kekal berukuran 20X60 kaki persegi setiap satu.

“Kita menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 10.10 malam dan menggegaskan sepasukan anggota dari BBP Penampang ke lokasi kejadian.

“Operasi pemadaman turut disertai sepasukan anggota dari BBP Kota Kinabalu menjumlahkan seramai 32 anggota keseluruhan bersama lima jentera untuk melaksanakan operasi pemadaman,” katanya.

Beliau berkata anggota bomba yang tiba di lokasi segera melakukan operasi pemadaman dan kebakaran dapat dikawal pada jam 11.05 malam.

“Kebakaran memusnahkan dua rumah jenis kekal bagaimanapun tindakan pantas bomba mengawal kebakaran berjaya menyelamatkan dua rumah lain yang hanya terjejas lima hingga 10 peratus akibat bahangan api di dinding,” katanya.

Tambahnya operasi keseluruhan ditamatkan jam 12.11 pagi.

Menurutnya punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

  • oleh
  • Advertisement