Anda di sini

Siri Jelajah Drama Festival Kuala Lumpur di Johor Bahru meriah

Advertisement
__alt__

SERAMAI 3,000 orang warga Johor telah membanjiri Siri Jelajah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2018 yang telah diadakan di Paradigm Mall, Johor Bahru pada 23 & 24 Februari lepas dalam persinggahan pertamanya.

Tarikan utama siri jelajah acara yang berlangsung selama dua hari ini adalah sesi uji bakat lakonan DFKL 2018 dimeriahkan dengan 150 peserta, manakala sesi pembentangan idea pula menerima 20 penyertaan.

Menurut Siti Nurlisia Mohd Nadzri, Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 dan TV9, “Kami bangga kerana siri jelajah DFKL 2018 ini berjaya menarik minat individu-individu yang kreatif dan mempunyai idea luar biasa untuk mempamerkan bakat terpendam mereka.

Alhamdulillah, kami juga menerima jumlah penyertaan yang memberangsangkan untuk sesi uji bakat dan sesi kongsi DFKL 2018 di Johor Bahru. Terbukti ramai orang di luar sana yang berminat untuk menceburi industri drama tanah air,” tambahnya.

Lokasi pertama tersebut turut disertai oleh Syazuwan Hassan dan Pauline Tan selaku duta DFKL tahun ini, para pengunjung juga beramah mesra bersama barisan artis popular seperti Izzue Islam, Ashraf Muslim, Hafidz Roshdi, Azira Shafinaz, Janna Nick, Bell Ngasri serta heroin drama Akasia ‘Tiada Arah Jodoh Kita’, Aprena Manrose.

Para peserta yang mendaftarkan diri untuk menyertai sesi uji bakat DFKL 2018 telah disaring oleh Sheila Rusly dan Shahrulezad, yang juga merupakan barisan speaker bagi kategori lakonan dan penulisan kreatif di Bengkel DFKL 2018.

Dua orang panel berpengalaman ini turut berkongsi tips-tips untuk menjadi seorang pelakon yang berilmu kepada mereka yang hadir.

Lebih menarik lagi, para peserta juga diberikan peluang untuk bergandingan dengan artis jemputan ketika sesi uji bakat sedang berlangsung.

Pelbagai idea dan cerita menarik yang berpotensi untuk diterbitkan sebagai drama telah dikongsikan kepada Datuk A. Aida, ketua juri pertandingan sesi kongsi.

DFKL telah melahirkan bakat-bakat baharu seperti Raja Afiq, Syazuwan Hassan, Indah Emeerlda, Nafiz Muaz, Jaja Iliyes, dan Riena Diana yang sudah mewarnai persada seni tanah air.

Untuk maklumat lanjut mengenai DFKL 2018, layari www.dfkl.com.my. Ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 & TV9 iaitu @tv3malaysia dan @tv9malaysia.

Advertisement