Anda di sini

Penduduk tiga kampung terima sumbangan bahan binaan

Advertisement
 Linda (tengah) bergambar bersama pegawainya serta penduduk Kampung Bakau semasa penyerahan bantuan zink dan papan lapis.
BAIKI RUMAH: Linda (tengah) bergambar bersama pegawainya serta penduduk Kampung Bakau semasa penyerahan bantuan zink dan papan lapis.

SANDAKAN: Penduduk tiga buah kampung di kawasan Parlimen Batu Sapi menzahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Ahli Parlimen Datuk Linda Tsen Thau Lin yang sentiasa membantu menyelesaikan masalah rakyat.

Sebanyak 483 keluarga dari Kampung Bakau (293), Kampung Bakau Hujung (129) dan Kampung Bonggaya Baru(61) menerima sumbangan bahan binaan daripada Linda untuk membaiki rumah mereka.

Sumbangan yang berbentuk papan lapis dan zink telah disampaikan Linda sendiri kepada wakil serta ketua keluarga semasa program turun padang beliau pada Ahad.

Linda berharap dengan adanya sumbangan berkenaan para penerima dapat membuat kerja baik pulih rumah mereka yang rosak.

Sementara itu, Linda juga telah menggunakan peruntukan Ahli Parlimen beliau untuk membina pagar besi di sepanjang jambatan konkrit menuju masuk ke Kampung Chung, Jalan Cecily.

Linda mengarahkan pegawai beliau untuk melaksanakan kerja pembinaan pagar selepas menerima permintaan daripada penduduk atas faktor keselamatan.

Sebelum ini tidak ada penghalang pada kedua-dua belah jambatan dan membahayakan keselamatan penduduk yang menggunakan laluan berkenaan setiap hari.

Turut menyertai lawatan tersebut ialah Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Batu Sapi Kong Nyuk Thou.

Advertisement