Anda di sini

Dakwaan penemuan RM1bilion dalam Kapal Equanimity adalah palsu - Polis Indonesia

Advertisement

 DAKWAAN PENEMUAN RM1 BILLION DALAM KAPAL EQUANIMITY ADALAH PALSU - POLIS INDONESIA

JAKARTA: Rampasan kapal Equanimity  oleh pihak berkuasa Indonesia, berterusan menjadi sasaran penyebar berita dan maklumat palsu.

Terbaharu, penyebar berita palsu melaporkan kononnya terdapat wang berjumlah Rp3.5 trillion (RM1 bilion) ditemui di dalam kapal yang dirampas pada 28 Feb lepas itu di Bali.

Menurut media Indonesia, penyebaran maklumat palsu itu dilakukan menerusi akaun Facebook Miyoyo, akaun milik warga Malaysia.

’’Penyiasat Indonesia menjumpai 1 billion ringgit tersimpan rapi dalam kapal Jo Lo?,’’ menurut akaun Facebook berkenaan. 

Wakil Direktur Direktorat Tindak Pidana Ekonomi Khusus (Dittipideksus) Indonesia, Daniel Silitingo berkata laporan yang tersebar di Malaysia itu adalah palsu.

"Saya yang memimpin penugasan penangkapan kapal. Tidak menemukan wang apapun,” katanya dipetik media Indonesia di sini.

Sejak Equanimity  dirampas di Bali oleh polis Indonesia, pelbagai dakwaan palsu tersebar, antaranya turut dikaitkan dengan pembelian kapal itu oleh hartawan kontroversi Jho Low yang dikatakan menggunakan dana AS$250 juta daripada 1MDB. - BERNAMA

Advertisement