Anda di sini

Wolfpack tunduk RMP Sarawak, menduduki tangga kedua liga

Advertisement

KUCHING: Pasukan Wolfpack berjaya menundukkan RMP Sarawak (Polis) dengan 99-0 pada aksi Liga Ragbi Kuching berlangsung di Padang Kem Muara Tuang Satu Divisyen, Sabtu lalu.

 Dengan kemenangan itu, Wolfpack menduduki tangga kedua liga selepas mencatatkan keputusan dengan satu kemenangan dan satu seri.

 Tempat pertama terus dicengkam Kelab Ragbi Kuching (KFRC) Blackcatz mencatatkan kemenangan kedua menentang UNIMAS Lycans dengan 37-0.

 Blackcatz kini selesa dengan kutipan 10 mata meninggalkan tujuh pasukan lain yang bersaing dalam liga itu.

 Manakala Wolfpack mengutip lapan mata, ketinggalan dua mata di belakang Blackcatz bagaimanapun diiringi rapat pasukan WORC yang turut berkongsi punggutan mata.

 Sementara itu, Blackcatz kini memburu kemenangan ketiga apabila turun menentang UiTM Hunters pada Sabtu ini di Padang Kem Muara Tuang Satu Divisyen bermula jam 2.30 petang.

 Manakala Wolfpack pula akan menentang UNIMAS Lycans, jam 4.30 petang di padang yang sama.

 Empa t pa sukan l a i n menduduki tangga ke empat hingga ke lapan ialah KWRC, GB13, UNIMAS Lycans, RMP Sarawak dan UiTM Hunters.

 Di Padang Song Kheng Hai minggu ini, WORC menentang GB13 jam 2.30 petang manakala RMP Sarawak melawan Kenyalang Warriors, jam 4.30 petang sebelum berhenti seketika pada 18 Mac untuk memberi laluan Mukah 10s.

 Liga itu merupakan anjuran Persatuan Ragbi Bahagian Kuching diadakan setiap Sabtu dan dijangka tamat pada 21 April ini.

 Juara bakal membawa pulang wang tunai RM2,500, naib juara RM1,000 dan tempat ketiga RM500.

Advertisement