Anda di sini

Jangan lepas geram dalam Dewan Rakyat: Pandikar Amin

Advertisement

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia semalam menasihati Ahli Parlimen agar mengawal emosi ketika berbahas atau menyuarakan pandangan pada persidangan kali ini.

Beliau mengingatkan mereka supaya tidak menjadikan Dewan Rakyat sebagai tempat melepaskan geram, sebalik-nya menyuarakan pendapat dengan berhemah.

Biarlah geram masing-masing dilepaskan  sewaktu kempen pilihan raya, jangan di Dewan Rakyat,” katanya kepada pemberita selepas istiadat pembukaan mesyuarat pertama penggal keenam Parlimen ke-13, di sini, semalam.

Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 20 hari sehingga 5 April depan, yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14.

Ditanya mengenai kemungkinan parlimen dibubarkan semasa persidangan berlangsung, beliau berkata perkara itu terserah pada kuasa eksekutif dan tidak ada kena-mengena dengan tugasnya selaku speaker.

Ketika ditanya kemungkinan usul ‘Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri bagi Semenanjung dan Sabah’ akan dibentangkan kali ini, Pandikar menjelaskan: “Belum saya nampak lagi ‘order paper’ (aturan urusan me-syuarat)… masih panjang lagi masa.” — Bernama

Advertisement