Anda di sini

Warga Bangladesh bogel dalam pesawat ditahan

Advertisement
Lelaki yang berbogel di atas pesawat dari KLIA ke Dhaka, Bangladesh dibawa seorang kru penerbangan. ― Foto ihsan Facebook/DTTB
Lelaki yang berbogel di atas pesawat dari KLIA ke Dhaka, Bangladesh dibawa seorang kru penerbangan. ― Foto ihsan Facebook/DTTB

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar universiti swasta tempatan menimbulkan kekecohan dalam pesawat apabila berbogel serta menyerang kru penerbangan ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabang Kuala Lumpur (KLIA) ke Dhaka, Bangladesh malam semalam.

Warga Bangladesh berusia 20 tahun itu juga memeluk dua kru penerbangan sebelum menyerang ketua pramugari yang cuba menenangkannya, lapor Harian Metro.

Lelaki  itu kemudian diikat di tempat duduk berlainan oleh kru penerbangan yang turut dibantu oleh penumpang pesawat berkenaan.

Wakil sebuah syarikat penerbangan mengesahkan kejadian tersebut ketika dihubungi.

Dia kemudian ditahan pihak berkuasa Bangladesh selepas pesawat tersebut mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Shahjalal, Dhaka untuk tindakan lanjut.

Advertisement