Anda di sini

Sarawak tersingkir dari saingan Piala FA

Advertisement
 

KUCHING: Sarawak tewas 1-3 terhadap Perak pada perlawanan pusingan kedua di Stadium TLDM Lumut, Perak malam ini sekali gus terpaksa menamatkan saingan dalam Piala FA 2018.

Meskipun berjaya mendahului pada minit ketujuh hasil jaringan penyerang import Mateo Roskam, Sarawak gagal mengekalkan momentum dan hilang penguasaan bola kepada tuan rumah.

Perak berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Wander Luiz pada minit ke-15.

Tuan rumah terus menggasak kubu Sarawak dan hasilnya pada minit ke-35, giliran bekas penyerang Sarawak, Gilmar da Silva meletakkan Perak di hadapan.

Sarawak cuba bangkit untuk mencari jaringan penyamaan pada babak kedua namun tidak diberikan ruang mahupun peluang oleh pemain skuad ‘Bos Gaurus’ itu.

Sebaliknya, Gilmar menambah derita anak didik Ian Andrew Gillan dengan menanduk masuk gol ketiga pada minit ke-84 untuk memastikan Perak melangkah ke pusingan seterusnya.

  • oleh
  • Advertisement