Anda di sini

Enam layak ke pertandingan akhir MGT musim kedua

Advertisement
 Peserta akhir bersama pihak penganjur Medic Got Talent 2018 selepas selesai ujibakat.
MUKTAMAD: Peserta akhir bersama pihak penganjur Medic Got Talent 2018 selepas selesai ujibakat.

SIBU: Enam peserta melayakkan diri ke pertandingan akhir Medic Got Talent (MGT) musim kedua yang akan berlangsung pada Majlis Makan Malam Sambutan Hari Pembantu Perubatan pada 9 Mac di Hotel Kingwood di sini.

Enam peserta akhir terbabit ialah Mohd Dizahari Tarmizi dari Kuching, Mohd Zain Jaafar (Sibu), Lokman Mohd Fadzillah (Sibu), Alicessa (Sibu), Catherine Joyna Elon (Sabah) dan Stephenie Mau (Lubok Antu).

Penasihat MGT Abdul Razis Mahsin berkata, MGT salah satu acara anjuran Jawatankuasa Pelaksana Hari Pembantu Perubatan Hospital Sibu 2018.

MGT musim kedua ini adalah kesinambungan MGT musim pertama tahun lepas yang mendapat sambutan hangat kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ahli keluarga mereka.

Acara ini bagi memberi peluang kepada kakitangan KKM dan ahli keluarga mereka menunjukkan bakat masing-masing.

Malah ia juga peluang kakitangan KMM bersosial untuk mengelakkan stres kerja,” ujarnya.

MGT terbuka kepada semua kakitangan KKM dan ahli keluarga di seluruh Sarawak.

MGT diadakan sebagai selingan Hari Pembantu Perubatan yang disambut setiap 10 Mac.

Razis juga memberitahu, sesi uji bakat MGT musim kedua diadakan pada 24 Februari lepas di mana 20 peserta mencuba nasib.

Pertandingan akhir MGT akan diadili tiga artis terbilang tempatan iaitu Lucy M, Toddy dan Ajis The Crew.

Pemenang MGT akan menerima hadiah wang tunai, sijil dan trofi,” jelasnya sambil menambah tetamu kehormat yang dijangka hadir pada malam itu ialah Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Dr Annuar Rapaee.

Tetamu juga akan dihiburkan artis tempatan baharu yang juga pembantu perubatan Fylix Francis.

Bagi yang ingin menghadiri majlis makan malam itu nanti, hubungi Jonaidy (016-8994033), George (011-12634420) dan Mahadir (013-8329221).

  • oleh
  • Advertisement