Anda di sini

Lelaki bawa lari ambulans ditahan reman empat hari

Advertisement
 Suspek ditahan reman sehingga Sabtu ini.
BANTU SIASATAN: Suspek ditahan reman sehingga Sabtu ini.

KUCHING: Seorang lelaki berusia 36 tahun yang membawa lari ambulans hospital swasta kelmarin ditahan reman selama empat hari mulai semalam.

Perintah reman itu diluluskan oleh Majistret Sandy Yvette Freddy sehingga Sabtu.

Dia ditangkap sejurus selepas laporan polis dibuat berhubung perkara itu.

Suspek dari Kampung Siol Kandis tersebut yang menerima rawatan di wad Hospital Umum Sarawak (HUS) dikatakan masuk ke dalam ambulans berkenaan dan melarikannya dalam insiden sekitar tengah hari kelmarin.

Ambulans itu kemudian ditemui di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Green.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan.

Advertisement