Anda di sini

Lelaki bawa lari ambulans direman 4 hari

Advertisement
Suspek ditahan reman sehingga Sabtu ini
Suspek ditahan reman sehingga Sabtu ini

KUCHING: Seorang lelaki berusia 36 tahun yang membawa lari ambulans hospital swasta semalam ditahan reman selama empat hari.

Perintah reman itu diluluskan oleh Majistret Sandy Yvette Freddy sehingga Sabtu. 

Dia ditangkap sejurus selepas laporan polis dibuat berhubung perkara itu.

Suspek yang dari Kampung Siol Kandis dilaporkan menerima rawatan di wad Hospital Umum Sarawak.

Dia dikatakan masuk ke dalam ambulans sekitar tengah hari semalam dan membawa lari kenderaan tersebut.

Ambulans itu kemudian di temui di hadapan pusat beli belah di Jalan Green. 

Kes itu disiasat dibawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana curi kenderaan.
 

Advertisement