Anda di sini

Lelaki bawa mayat kekasih ke balai polis didakwa atas tuduhan bunuh

Advertisement
 M. Gunasegaran yang menyerah diri dengan membawa mayat kekasihnya ke Balai Polis Kota Damansara didakwa di Mahkamah Majistret semalam atas pertuduhan membunuh wanita itu di tempat letak kereta sebuah pasaraya, minggu lalu. — Gambar Bernama
DIBICARAKAN: M. Gunasegaran yang menyerah diri dengan membawa mayat kekasihnya ke Balai Polis Kota Damansara didakwa di Mahkamah Majistret semalam atas pertuduhan membunuh wanita itu di tempat letak kereta sebuah pasaraya, minggu lalu. — Gambar Bernama

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang menyerah diri dengan membawa mayat kekasihnya ke Balai Polis Damansara minggu lepas, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan membunuh wanita itu di tempat letak kereta sebuah pasar raya besar.

M. Gunasegaran, 37, seorang pengawal keselamatan didakwa telah membunuh seorang kerani, D. Tharani, 35, di tempat letak kereta Pasar Raya Giant Kota Damansara, pada 1.50 petang, 5 Feb lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham.

Lelaki yang berbaju T putih dan bekerja di tempat sama dengan mangsa itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik manakala tertuduh tidak diwakili peguam dan peguam M. Manoharan hadir sebagai peguam pemerhati kepada keluarga mangsa.

Mahkamah menetapkan 13 April untuk sebutan semula kes.

Turut kelihatan di galeri awam mahkamah adalah bapa mangsa, M. Devarajoo, 67, serta kakaknya D. Gunavathi. — Bernama

Advertisement