Anda di sini

Meneruskan legasi Empiang tanggungjawab besar: Fatimah

Advertisement

KUCHING: Meneruskan legasi kepimpinan yang ditinggalkan oleh bekas Ketua Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Tan Sri Empiang Jabu merupakan satu tanggungjawab yang amat besar dan memerlukan komitmen tinggi.

Demikian kata Ketua Pergerakan Wanita Parti PBB baharu, Dato Sri Fatimah Abdullah ketika ditemui pada sidang media selepas menghadiri majlis perasmian Perhimpunan Agung PBB Ke-14 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Fatimah memyifatkan legasi kepimpinan Empiang dalam menjawat jawatan sebagai Ketua Pergerakan Wanita lebih 10 tahun itu sebagai standard kepimpinan yang amat tinggi.

Menyedari kepimpinan itu adalah satu tanggungjawab yang amat besar, saya dengan reda akan memikul tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh komitmen sebagai Ketua Pergerakan Wanita Parti PBB yang baharu dilantik.

Saya akan memikul  amanah yang besar ini seperti mana kepercayaan diberi kepada saya untuk memimpin pergerakan Wanita ini,” katanya.

Pada sidang media itu, Fatimah yang juga Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak memaklumkan bahawa sayap Wanita itu akan mengemukakan tiga pada perhimpunan agung tersebut.

Katanya, ketiga-tiga usul yang dibentangkan adalah membabitkan usul politik, sosial dan ekonomi.

Ada dua perkara yang akan kami bincangkan dalam usul politik ini iaitu memberi sokongan kepada Presiden PBB merangkap Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg dan memperjuangkan hak Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” jelasnya.

Bagi usul sosial katanya, ia akan menyentuh perkara bagaimana untuk memperkasakan peranan wanita dalam pelbagai bidang.

Sementara usul ekonomi pula, adalah memastikan agar wanita turut diberi peluang sama rata dalam mempertingkatkan ekonomi.

Ketiga-tiga usul ini akan kita bincangkan pada petang ini (semalam) dalam mesyuarat agung Pergerakan Wanita pada perhimpunan ini,” katanya.

Advertisement