Anda di sini

JETRO perkukuh fungsi promosi perniagaan, pelaburan di Jepun

Advertisement

KUCHING: Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (JETRO) Cawa-ngan Malaysia di Kuala Lumpur memperkukuhkan lagi fungsinya dalam mempromosikan aktiviti perniaga-an dan pelaburan di Jepun.

Pengarah Urusan JETRO Kuala Lumpur Akira Kajita berkata fokus mereka adalah promosi import produk makanan dan pertani-an Jepun serta produk perkilangan yang lain seperti mesin yang dikeluarkan oleh perusahaan kecil dan sederhana (SME) Jepun ke Malaysia.

Selain itu, JETRO juga menyokong pelaburan di Malaysia oleh industri Jepun dalam sektor pembuatan hingga perkhidmatan yang berminat untuk menjalankan perniagaan di Malaysia.

Kami juga menyediakan program promosi pelaburan termasuk perkhidmatan pentadbiran sehenti dan perkhidmatan sewa pejabat percuma di Tokyo dan bandar-bandar utama lain untuk membantu syarikat Malaysia menubuhkan perniagaan di Jepun,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan aluannya sempena Seminar Peluang Perniagaan Industri Halal di Jepun yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Menyentuh menge-nai industri halal di Jepun, ia katanya menjadi perbincangan utama pada masa ini di mana semakin ramai masyarakat Jepun mula memahami kemunculan makanan halal di pasaran dunia.

Dengan Sukan Olimpik dan Paralimpik yang bakal dilangsungkan di Tokyo pada 2020, banyak syarikat sama ada dari luar negara mahupun Jepun mengambil kesempatan untuk memasukkan makanan halal  sebagai satu daripada sasaran perniagaan mereka.

Pengasas Halal Media Jepun Shinya Yokoyama turut hadir pada seminar ini untuk bercakap mengenai isu halal dan penerimaan pengguna Jepun terhadap produk halal.

Malah beliau telah mengambil inisiatif pergi ke kawasan ter-tentu di Jepun dan cuba meyakinkan ahli-ahli perniagaan dan peng-                    usaha restoran Jepun untuk menceburi perniagaan halal untuk persekitaran yang mesra kepada pelancong Muslim.

Beliau juga telah mencipta aplikasi halal telefon mudah alih bagi memudahkan pelancong Muslim yang berkunjung ke Jepun,” kata-nya.

Sementara itu Penasihat Kanan JETRO Kuala Lumpur Rasol Abu Bakar turut hadir pada seminar ini untuk menjelaskan  bagaimana mengguna-kan JETRO sebagai platform untuk menjalankan perniagaan di Jepun.

Bagi mereka yang kurang pengalaman berurusan dengan ahli perniagaan Jepun, Rasol turut akan memberi beberapa tip mengenai budaya perniagaan Jepun yang perlu diketahui ketika berurusan dengan ahli perniagaan Jepun.

Seminar tersebut merupakan sebahagian daripada pameran bergerak untuk memperkenalkan aktiviti JETRO dan menyentuh mengenai trend perniagaan halal masa kini di Jepun.

Program seminar ini pernah diadakan di Pulau Pinang, Johor dan Kuantan dan semalam di Sarawak di mana JETRO turut merancang mengadakan seminar terakhir di Kuala Lumpur dalam masa terdekat ini.

Seminar tersebut merupakan anjuran bersama JETRO Kuala Lumpur serta Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan dirasmikan oleh Menteri Muda E-Per-dagangan dan Menteri Muda Pembangunan PKS dan Usahawan Datuk Mohd Naroden Majais.

Advertisement