Anda di sini

Banjir beransur surut

Advertisement
Gambar hiasan

KUCHING: Banjir di Sarawak kian pulih hari ini apabila lebih banyak pusat pemindahan ditutup dan bilangan mangsa banjir semakin berkurangan berbanding semalam.

Setakat jam 12:00 tengah hari ini, Sekretariat Jawatankuasa Bencana Pengurusan Negeri Sarawak (JPBNS) melaporkan 19 pusat pemindahan masih dibuka berbanding tengah malam tadi, 24.

Bilangan mangsa juga berkurangan apabila tengah hari ini, 3,827 orang masih berada di pusat-pusat pemindahan berbanding 4,268 orang pada tengah malam tadi.

Laporan Sekretariat terkini turut menunjukkan Bahagian Bintulu mencatatkan bilangan mangsa teramai iaitu 1,312 orang di empat pusat pemindahan, diikuti Sibu 1,244 orang, Serian (1,026), Limbang (136), Mukah (101) dan Sarikei (lapan).

Sejumlah 57 sekolah masih ditutup dan tujuh dijadikan pusat pemindahan.

(Foto pemandangan udara di SK Nanga Machan, Kanowit yang dirakam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia jam 9:00 pagi hari ini)

 
 
Advertisement