Anda di sini

5,000 perwakilan, pemerhati, ahli PBB dijangka hadiri perasmian perhimpunan

Advertisement
 Dr Rundi (duduk) bersama Minos (berdiri, kanan) dan yang lain menunjukkan buku program Perhimpunan Agung PBB 2018 selepas sidang media di BCCK, semalam.
AGENDA: Dr Rundi (duduk) bersama Minos (berdiri, kanan) dan yang lain menunjukkan buku program Perhimpunan Agung PBB 2018 selepas sidang media di BCCK, semalam.

KUCHING: Perhimpunan Agung Tritahunan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menjangkakan 5,000 perwakilan, pemerhati dan ahlinya menghadiri majlis perasmian yang diadakan esok.

Perhimpunan yang berlangsung dari hari ini hingga 11 Februari itu akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Februari di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Setiausaha Agung PBB Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, sementara majlis perasmian perhimpunan Pemuda dan Wanita pada hari ini dirasmikan Ketua Menteri merangkap Presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg di venue sama.

Kita mempunyai 82 cawangan dengan 45 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan saya merasakan kali ini jumlah perwakilan adalah 2,621 termasuk pemerhati.

Kita menjangkakan semasa majlis perasmian oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kira-kira 5,000 ahli hadir memberi sokongan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai Perhimpunan Agung PBB 2018 yang dihadiri Setiausaha Jawatankuasa Penerangan dan Publisiti Perhimpunan Agung PBB 2018 Datuk Peter Minos di BCCK di sini, semalam.

Tambah Dr Rundi, program dimulakan dengan kehadiran dan pendaftaran daripada Sayap Pemuda dan Wanita selain majlis makan malam mesra bersama kedua-dua sayap.

Menurut beliau, pada majlis makan malam itu, ahli diberi taklimat mengenai perhimpunan.

Selain itu, perwakilan bagi badan induk membuat pendaftaran mereka pada hari ini selain diikuti majlis makan malam di Pusat Konvensyen Penview (PCC).

Majlis makan malam ini dijangka akan disertai 3,000 ahli termasuk sayap Wanita dan Pemuda,” katanya.

Advertisement