Anda di sini

1,000 KR1M 2.0 bakal dibuka di Lembah Klang tahun ini

Advertisement

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyasarkan untuk membuka 1,000 Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 di Lembah Klang menjelang hujung tahun ini.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata jumlah itu adalah sebahagian daripada 3,000 KR1M 2.0 yang disasarkan di seluruh negara pada 2020.

Setakat ini, 50 KR1M 2.0 sudah beroperasi.

Bagi pembukaan KRIM 2.0 ini, kita akan meneruskan kerjasama dengan syarikat peruncitan KK Mart sebagai rakan strategik untuk me-nyalurkan barangan pada harga yang murah selain turut mempelawa penyertaan lebih ramai pembekal bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi.

Kedai-kedai berkenaan (KR1M 2.0) akan mengguna-kan label seperti ‘KK Mart KR1M 2.0’ bagi membezakan dengan kedai-kedai runcit yang lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan siri pertama program jelajah ‘Student Entrepreneurship Programme’ (1st STEP) anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan.

Penganjuran julung kali 1st STEP anjuran SSM dilaksanakan bagi memupuk minat keusahawanan murid sejak di bangku sekolah.

Mengulas mengenai 1st STEP, Hamzah berkata program itu bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar untuk mengetahui kemudahan pembiayaan yang disediakan kerajaan bagi memulakan perniagaan tetapi turut memberi latihan ke-usahawanan kepada mereka.

Program yang dijalankan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan itu turut melancarkan dua buku teks subjek perniagaan dan perakaunan Tingkatan Lima bagi mengemas kini kandungan berkaitan SSM.

Kandungan baharu berkaitan SSM dalam buku tersebut akan memuatkan Akta Syarikat 2016 selepas pemansuhan Akta Syarikat 1956. — Bernama

Advertisement