Anda di sini

Promosi kraf bantu pengusaha buka pasaran luas

Advertisement
 Mohammad menunjukkan replika perahu tambang yang dibuat daripada kayu terbuang sesuai sebagai cenderahati kenangan.
IKON SARAWAK: Mohammad menunjukkan replika perahu tambang yang dibuat daripada kayu terbuang sesuai sebagai cenderahati kenangan.

PENGANJURAN program promosi kraf merupakan platform terbaik untuk pengusaha kraf tempatan mempromosikan produk mereka.

Mengambil contoh Promosi Kraf Malaysia di MYDIN Petra Jaya baru-baru ini, ia menurut Monica Busut Chabok adalah platform strategik untuk mereka mempromosikan produk kraf mereka.

Monica merupakan salah seorang peserta Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak dan mengusahakan produk kraf daripada buluh dan rotan.

Ketika ditemui pada promosi kraf di pasar raya besar tersebut baru-baru ini, Monica berkata penyertaan dalam promosi ini membuka pasaran yang luas kepada mereka.

Melalui program seperti ini katanya, ia bukan sahaja dapat membantu mereka meraih pendapatan menerusi jualan langsung tetapi juga pasaran luar.

Dari segi hasil jualan, ia bergantung kepada sambutan daripada para pengunjung dan jika bernasib baik boleh meraih sehingga RM2,000 jualan tunai sehari,” katanya.

Monica merupakan pemilik kepada Sibuluh Crafts yang menghasilkan dan menjual produk kraf daripada buluh dan rotan dengan rekaan yang diinspirasi Bidayuh.

Antara kraf yang dihasilkan oleh Monica ialah bakul rotan, beg tangan rotan dengan rekaan moden, dompet wanita serta tikar rotan.

Sementara itu seorang lagi pengusaha kraf rimba Mohammad Julaihee turut menyambut baik penganjuran program promosi kraf untuk pengusaha seperti mereka.

Beliau yang juga salah seorang peserta di bawah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak membuat dan menerima tempahan pelbagai barangan kraf dan perabot berasaskan kayu terbuang.

Menurut pemilik Manita Enterprise ini, program promosi kraf merupakan platform terbaik untuk mempamerkan kraf tangan mereka kepada umum.

Bagi saya program promosi kraf seperti di MYDIN Petra Jaya ini dapat menarik minat pengunjung kerana ia menghimpunkan semua pengusaha kraf di bawah satu bumbung.

Secara tidak langsung ia akan mendorong mereka untuk membeli produk kraf sebagai kenangan, cenderahati mahupun hiasan rumah,” katanya.

Antara produk buatan Mohammad yang popular ialah replika perahu tambang yang merupakan ikon Sarawak.

 Monica menunjukkan produk kraf daripada rotan dan buluh buatannya yang dipamerkan pada promosi kraf di MYDIN Petra Jaya baru-baru ini.
IDENTITI BIDAYUH: Monica menunjukkan produk kraf daripada rotan dan buluh buatannya yang dipamerkan pada promosi kraf di MYDIN Petra Jaya baru-baru ini.
  • oleh
  • Advertisement