Anda di sini

MAT UPP Pujut selesai 212 kes dilapor kepada Talikhidmat

Advertisement

MIRI: Pasukan Tindakan Bergerak (MAT) Parti Rakyat Bersatu (UPP) Cawangan Pujut berjaya membantu menyelesaikan 212 kes yang dilaporkan kepada talian Talikhidmat dalam tempoh lapan bulan.

Pengerusinya Bruce Chai berkata, sebanyak 523 kes aduan kepada Talikhidmat diterima daripada orang awam sepanjang empat pusingan MAT sejak Julai tahun lalu.

Daripada angka ini, kes yang diselesaikan adalah 41 peratus.

Saya rasa angka seharusnya lebih tinggi kerana kita banyak menyelesaikan kes Talikhidmat,” jelasnya.

Bruce ditemui selepas sesi terakhir MAT pusingan keempat di 59 Street Cafe Pujut 7 semalam.

Beliau memberitahu, banyak kes Talikhidmat yang tidak diselesaikan adalah berhubung kemudahan awam dan infrastruktur yang melibatkan bajet dan masa untuk dilaksanakan.

Kita amat berterima kasih kepada MBM, SESCO, LAKU, Sarawak Gas, Pejabat Residen, JKR dan jabatan lain kerana efisien dan bertindak cepat, “ jelasnya.

Dalam tempoh tersebut juga, MAT menerima laporan 62 kes kebajikan sosial iaitu 17 kes pada pusingan pertama, 27 kes pada pusingan kedua, 13 kes pada pusingan ketiga dan lima kes pada pusingan keempat.

Bruce berkata kebanyakan kes kebajikan melibatkan permohonan bantuan e-Kasih, bantuan perubatan dan bantuan kewangan untuk golongan miskin.

Selain itu, UPP turut membantu kes pendaftaran pengundi iaitu sebanyak 174 kes.

Pusingan pertama 82 kes, pusingan kedua 38 kes, pusingan ketiga 35 kes dan pusingan keempat 19 kes.

Sepanjang sesi bersama rakyat itu juga, UPP menerima 13 permohonan keahlian parti iaitu dua pada pusingan pertama, tiga pada pusingan kedua dan lapan pada pusingan ketiga.

Mereka juga menerima dua kes permohonan bantuan pendidikan UPP serta lapan kes pendaftaran MyKad dan surat beranak.

Kita merasakan program ini berjaya dan yang penting, kita mahu kerjasama berterusan daripada penduduk Miri.

Kita berjanji akan memberi perkhidmatan terbaik,” jelas Bruce.

Dalam pada itu, program MAT akan berehat tiga minggu untuk memberi peluang ahli dan sukarelawan membuat persediaan dan meraikan sambutan Tahun Baharu Cina.

Penduduk masih boleh berhubung dengan Bruce dan ahli menerusi talian WhatsApp, Facebook dan datang sendiri ke pejabat UPP Pujut.

Jadual dan lokasi baharu MAT akan diumumkan dalam akhbar selepas perayaan Tahun Baharu Cina.

Tumpuan kami adalah di kawasan DUN Pujut, tetapi kami juga akan cuba bergerak di seluruh kawasan Miri menemui penduduk di peringkat akar umbi,” tambahnya.

Advertisement