Anda di sini

Parti pembangkang singkir Kenji Fujimori

Advertisement
 Kenji Fujimori berdiri dengan pita menutupi mulutnya  ketika membantah keputusan oleh partinya sendiri semasa              persidangan di Lima kelmarin. — Gambar AFP
PROTES: Kenji Fujimori berdiri dengan pita menutupi mulutnya ketika membantah keputusan oleh partinya sendiri semasa persidangan di Lima kelmarin. — Gambar AFP

LIMA: Kenji Fujimori, anak lelaki bongsu bekas presiden yang diampuni baru-baru ini Alberto Fujimori, kelmarin berkata beliau telah dibuang daripada parti pembangkang kerana berbalah dengan pe-mimpinnya yang juga kakak-nya Keiko.

Ia telah diputuskan sebulat suara bahawa Ahli Kongres Kenji Fujimori akan dibuang dari Fuerza Popular (Kuasa Popular),” katanya dalam Twitter.

FP yang populis dan konservatif memulakan prosiding pada Disember lepas ke atas Kenji kerana mengkritik pendirian kakaknya mengenai Presiden Pedro Pablo Kuczynski.

Kenji enggan menyokong pendakwaan ke atas presiden, yang dibahaskan dalam Kongres pada 21 Disember lalu. FP mempunyai kumpulan terbesar dalam dewan perundangan.

Namun undi oleh Kenji dan lapan penggubal undang-undang lain menghalang Kuczynski, yang FP tuduh berbohong mengenai perkara yang ada kaitan dengan syarikat multinasional Brazil, Odebrecht, dilucutkan daripada jawatannya.

Kuczynski sebelum itu berjanji untuk tidak mengampuni Alberto Fujimori. Tetapi beliau berbuat demikian hanya beberapa hari sahaja selepas Kenji mengundi untuk menyokongnya, seterusnya mencetuskan spekulasi bahawa pengampunan itu adalah satu balasan politik.

Alberto Fujimori, 79, se-hingga baru-baru ini menjalani hukuman penjara selama 25 tahun kerana mencabul hak asasi manusia. Beliau dimasukkan ke hospital lewat tahun lepas dan dirawat bagi pelbagai penyakit. Beliau meninggalkan hospital pada 16 Januari.

Kuczynski – yang mene-waskan Keiko dalam pilihan raya presiden pada 2016 – berkata beliau mengampuni bekas presiden itu atas sebab kemanusiaan.

Pengampunan itu mengundang kritikan hebat daripada mangsa pemerintahannya pada 1990-2000, selain saudara mara mereka dan aktivis hak asasi manusia.

Namun beliau juga dihormati ramai warga Peru kerana kempennya yang kejam dan tidak berbelah-bahagi untuk menewaskan gerila haluan kiri sewaktu pemerintahannya.

Saudara mara mangsa yang dibunuh di bawah pemerintahan Fujimori me-ngemukakan rayuan terhadap pengampunan berke-naan kepada Mahkamah Hak Asasi Manusia Antara Amerika, yang bersidang di Costa Rica dan akan mendengar kes mereka pada 2 Februari. — AFP

Advertisement