Anda di sini

Buaya mati terjerat ditemui

Advertisement
 Buaya yang terjerat umpan ditemui penduduk Kampung Dagang, Bekenu semalam.
SUDAH MATI: Buaya yang terjerat umpan ditemui penduduk Kampung Dagang, Bekenu semalam.

MIRI: Penemuan buaya yang sudah mati sepanjang kira-kira 14 kaki menggemparkan penduduk Kampung Dagang, Bekenu dekat sini semalam.

Menurut maklumat penduduk kampung, buaya terbabit ditemui seseorang nelayan bersama anaknya kira-kira jam 10 pagi semalam.

Difahamkan, buaya itu terjerat oleh umpan digunakan untuk memancing.

Nelayan terbabit kemudiannya membawa buaya itu ke daratan menggunakan perahu.

Advertisement