Anda di sini

Kuching Gedong-Gators damba ‘mencuri’ satu mata malam ini

Advertisement

KUCHING: Jurulatih Kuch­ing Gedong-Gators, Helearn Wilfred menyasarkan untuk ‘mencuri’ sekurang-kurangn­ya satu mata pada pertembun­gan Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) 2017-2018 Peringkat Kebangsaan (Pusingan Per­tama) menentang Keningau.

Bagitupun, beliau akui ia bukan tugas mudah buat anak-anak didiknya apabila menjadi tetamu semi finalis edisi tahun lalu di Kompleks Sukan Keningau, Sabah jam 7.45 malam ini.

“Kita hormat dengan Ken­ingau dan akui kelebihan memihak kepada mereka. Tambahan pula mereka ber­main di gelanggang sendiri.

“Ia tugas sukar buat Kuch­ing Gedong-Gators, namun saya percaya dengan kemam­puan pemain-pemain kita untuk melakarkan kejutan terhadap lawan nanti,” ka­tanya ketika dihubungi di sini semalam.

Bagi Helearn, senjata utama pasukannya adalah persefaha­man baik kalangan pemain seperti yang ditunjukkan se­belum ini.

Katanya, jika pemain-pe­main kekal fokus sepanjang 90 minit permainan tidak musta­hil untuk Kuching Gedong- Gators membawa pulang mata berharga.

“Saya menyasarkan sekurang-kurangnya satu mata dapat dibawa balik. Jika menang ia satu bonus untuk pasukan kami,” katanya ber­seloroh.

Menurut Helearn, barisan mudanya bersedia sepenuhnya untuk berentap menentang wakil dari Sabah dan tahap kecergasan semua pemain berada dalam kondisi terbaik ketika ini.

Sementara itu, satu lagi wak­il dari Sarawak, Miri FA akan melayan kunjungan Tawau pada perlawanan berlangsung di Kelab Rekreasi Petroleum (KRP) Lutong, Miri petang ini bermula jam 4.15 petang.

Advertisement